Monday, May 28, 2007

Renungan

Prof Yusuf al-Qardawi, menukilkan perkataan Ibnu ‘Athaillah dalam kitabnya Al-Taubah Ilaa Allah,“Boleh jadi Allah sudah membukakan pintu ketaatan kepadamu, tetapi tidak membukakan untukmu pintu penerimaan dan boleh jadi Allah mentakdirkan untukmu berbuat maksiat yang menyebabkan kamu bertaubat dan hampir kepada Allah. Sesungguhnya maksiat yang mencetuskan ketundukan dan membuat hatimu hancur lebih baik daripada ketaatan yang mengakibatkan ketakjuban diri sendiri dan ketakburan.”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Sederhanalah dan jangan terlalu berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan yang benar. Setiap musibah yang menimpa orang-orang muslim adalah suatu pelebur kesalahan biarpun hanya sekadar tercucuk duri “
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Firman Allah “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu berdukacita, padahal kamulah orang–orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu beriman.”- (surah Ali Imran: Ayat 139)

0 comments: