Duhai anak…
Biar kelibat bapamu belum kutemui,
di balik tabir menanti lamarannya berkunjung tandang..
Entah siapa bapamu, ibumu tak bisa meneka,
kerana segalanya masih dalam rahsia agung tuhanmu..
Duhai anak,
Biar ibumu dianggap seperti wanita yang kurang waras
Nanar dalam angan-angan yang tak berkesudahan
Menganyam impian untuk dirimu
Mengimpikan dirimu lahir sebagai seorang yang dimuliakan
Dirimu mungkin lahir sebagai putera yang kehilangan tahta
Namun itu bukan alasan untuk mempersiapkan dirimu
Agar lahir sebagai seorang yang berjiwa besar
Dan menjadi seorang yang terpimpin
Yang dikurniakan elok susuk tubuh,
Yang sudah kenal Kalam tuhanmu
biarpun dirimu belum dikurniakan sepasang mata yang indah
untuk melihat keagungan ciptaan al-KhaliQ
biarpun dirimu belum dikurniakan sepasang telinga
untuk mendengar keindahan kalimah agung tuhanmu
biarpun dirimu belum dikurniakan bibir yang mugil
untuk melafazkan pujian dan syukur kepada tuhanmu
Duhai anak,
Menanti lahirmu tidak keharuan jadinya,
Saban waktu terasa tidak sabar,
Kerana inginku katakan..
Indahnya dunia dan segala isi alam yang diciptakan,
Namun penuh dengan tipu daya..
Biarpun perasaan takut acapkali datang bertandang,
adakah nanti engkau mampu menangkis
segala tipu daya yang bakal menduga imanmu?
Tetap teguh engkau pada janji di hadapan tuhanmu
Sebelum mana rohmu berpadu dengan jasadmu
Duhai anak,
Membayangkan dirimu
seumpama melihat kelibat roh kudusmu
Di mana? entah
Lantas dipujuk hati untuk mengatakan
Dirimu masih selamat..
Kerana rohmu yang telah Allah ciptakan terlalu suci,
Dan belum layak untuk bergandingan dengan jasad..
Kerana jasad itu kotor,
Biarpun agung ciptaan tuhan pada susuk tubuh ibumu,
Tercipta satu ruang yang bernama rahim,
Kerana di dalamnya bakal menjadi tempat,
Bergabungnya rohmu yang suci dengan jasad yang kotor,
Dan di dalamnya gelap…
Entah bagaimana keadaannya,
Tidak mampu akal ibumu membayangkannya
Beratnya tanggungjawab itu
Biarpun terlalu indah dan lumayan ganjaran tuhan
kepada ibu yang mengandungkan dirimu
namun ia tidak semudah itu
Takut bukan kerana mengandungkan dirimu
bakal mengubah bentuk susuk tubuh ramping,
berat memboyot mengusung dirimu ke hulu ke hilir
atau jerit perit sakit ketika melahirkanmu,
Jauh dari semua itu…
Ketakutan yang hadir adalah kerana
bukan mudah untuk memanusiakan manusia
Pada saat pertama tangisanmu nanti
Akan datanglah syaitan berbisik ke telingamu
Menyerumu agar ingkar pada janjimu terhadap tuhanmu
Dan ingatlah engkau wahai anak….
Bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah..
sujudlah engkau pada Allah dalam solatmu
kerana itulah kunci kejayaan, kelak nanti itulah hitungan utama
dalam perhimpunan besar di padang mahsyar
Duhai anak,
Kukisahkan semua ini adalah kerana kuimpikan dirimu
Menjadi seorang yang kenal akan dirimu
Kerana dengan mengenal dirimu
Engkau akan kenal tuhanmu
Kerana di dalam dirimu ada keagungan tuhanmu
Bersama afaal-Nya, bersama asma’-Nya
Engkau mampu menilai antara yang benar dan yang bathil,
Yang baik dan jahat
Biar nanti suka dan duka itu sama saja bagimu
Tak ujub bila dipuji, tak marah ketika dihina.
Jadikanlah hatimu bersandar pada tuhanmu..
Maka sempurnalah akalmu
Duhai anak,
Kalam tuhanmu tidak ada pendustaan,
Peganglah ia ke mana saja dikau berada,
agar nanti kau jadi seorang yang terhormat
Duhai anak,
Angan-angan acapkali datang bertandang,
Dek dendam yang berkesumat di jiwa,
Kebencian yang penuh bersarang di hati,
Hanya kerana kerinduan,
agar kebenaran Islam kembali tertegak di muka bumi Allah,
Ibumu hanya seorang wanita,
dan tidak bisa menandingi kegagahan seorang lelaki,
biarpun gema suara ini mampu melaungkan kata-kata
yang menggegarkan jiwa para mujahidin,
menusuk ke pangkal hati sampai menitis air mata
dalam bait-bait puisi yang diperlagukan
Hatta lunak bicara pun mampu menggoncang iman sang lelaki
Duhai anak,
Ibumu cukup gembira kerana di hujung usia remaja
Menjengah ke usia dewasa,
Gema suara TAJDID semakin terasa gegerannya,
Makin terasa bahangnya..
Biarpun pada saat ini dirimu belum lagi lahir..
Biarpun semenjak kecil ibumu selalu mengimpikan
Untuk melahirkan anak-anak yang
memasak cita-cita, untuk mendaulatkan maruah bangsa atas nama agama

Biar siapa pun kamu,
Jurutera, Doktor, Arkitek, Saintis, Pensyarah atau Pengarah
Contohilah Rasulmu, Muhammad
kerana dia sebaik-baik contoh teladan sepanjang zaman
Duhai anak,
Ibumu hanya perlu sabar menanti
pada lafaz khitbah dari insan yang dipilih Allah
bersatu denganya untuk melahirkanmu
agar kamu merasai keagungan tuhanmu…
agar perjuanganmu nanti atas nama tuhanmu
Ibumu hanya perlu sabar menanti
pada lafaz khitbah dari insan yang dipilih Allah
bersatu denganya untuk melahirkanmu
agar kamu merasai keagungan tuhanmu…
agar perjuanganmu nanti atas nama tuhanmu
InsyaAllah..........- KL, Feb 2008

0 comments:
Post a Comment