Wednesday, February 20, 2008

mimpi...

mimpi indah...
pastinya semua orang mempunyai mimpi-mimpi indah
aku jua seperti itu..
__________________________________________________________

ibu bilang..
ku punya impian melangit tinggi
sehinggakan aku sendiri merasakan
seumpama orang yang kurang siuman..
menganyam impian yang cukup indah...
padahal acapkali merasakan diri
terlalu amat jahil dan dhoif..

siapa aku?
aku hanya manusia kerdil
sedar akal terlalu sempit
namun mahu ia menjengah sehingga langit ke tujuh..
sedar kaki pendek, nak gapai bumbung pun tak sampai
* * * * * * * *
Hidup dalam dunia,
penuh hilai dan tawa
senyum tak pernah lekang dari menguntum
nampak macam sempurna..
pada tiap kelibat mata yang memandang..
penipuankah semua ini?
Pura-pura gembira?
atau ada cerita disebaliknya?
_______________________________________
Ya Tuhan, bantulah hamba-Mu yang lemah ini
kerana masih jauh lagi perjalananku
demi meraih cinta-Mu Ya Allah....

0 comments: