'Dunia ini indah dan sebaik-baik keindahan adalah wanita solehah' ~ Maksud hadith
Acapkali kukatakan..
Aku kurang cantik.. aku kurang bijak
__________________________________________________
Biarpun diriku begitu indah dicipta-Nya
namun aku masih merasakan diriku tidaklah cantik
bukan kerana tidak bersyukur dengan kurniaan tuhan
tapi adalah kerana
padaku..
Apalah gunanya andai pada seraut wajah itu
masih belum cemerlang pancaran nur (cahaya) iman
Apalah makna jika pada redup mata itu
masih kurang mampu melihat segenap kecantikan isi alam ciptaan
untuk membawa kepada maghrifah-Nya
Apalah sangat pada mugilnya bibir itu
masih belum petah mengalun zikir memuji-muji nama Ilahi tiap saat tiap ketika
menyelinap bersama-sama denyut nadiku
dan masih belum fasih mengungkap KalamuLLAH
biarpun dalam pembaringanku cuba mengalunkannya
Ya tuhan..
aku jua bukanlah sebijak-bijak manusia
walaupun ciptaanku bukti kebijaksanaan-Mu
kerana aku masih belum betah menundukkan nafsuku
biarpun aku selalu mengidamkan
agar menjadi seorang yang cukup gagah melawan bisikan syaitan
agar hatiku terus melekap mengingatimu dalam setiap ketika
sungguh dunia ini indah
dan hatiku masih belum mampu melepaskan semuanya