Wednesday, February 13, 2008

~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ *~
.
Memetik daripada satu penulisan berkait dengan MENGENAL ALLAH TAALA, sifat-sifat manusia itu adalah bayangan Sifat-sifat Allah. Begitu juga cara wujudnya ruh manusia itu memberi kita sedikit pandangan tentang cara wujudnya Allah, iaitu Allah dan ruh itu tidak kelihatan, tidak boleh dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan, tidak tertakluk kepada ruang dan waktu, di luar sempadan kuantiti (bilangan) dan kualiti (kaifiat), dan tidak boleh diperikan dengan bentuk, warna atau saiz. Ada orang merasa payah hendak membentuk satu konsep berkenaan hakikat-hakikat ini kerana ianya tidak termasuk dalam bidang kualiti dan kuantiti, dan sebagainya, tetapi cuba perhatikan betapa susah dan payahnya memberi konsep tentang perasaan kita sehari-hari seperti marah, suka, cinta dan sebagainya. Semua itu adalah konsep fikiran atau tanggapan khayalan, dan tidak dapat dikenali oleh deria. kualiti, kuantiti dan sebagainya dan itu adalah konsep Deria(tanggapan pancaindera). Sebagaimana telinga kita tidak dapat megenal warna, dan mata kita tidak dapat mengenal bunyi, maka begitu jugalah mengenal Ruh dan Allah itu bukanlah dengan derianya.
.
* * * * * * * * * * * *