Sunday, November 18, 2007

al-Hamra ~ Bersama Cinta


Al-Hamra..

Istana Merah..
Menggamit rindu pada keagungan lampau
Lalu rindu itu membawa aku ke sini
Di pentas ini aku laritkan tinta
Mencari erti dan makna dari kejatuhan
Ingin melakar kembali keagungannya
Melihat Islam kembali gah di bumi ini
Ya Tuhan..
Hebat Islam tinggi dijulang
Indahnya Islam bersama iman dan taQwa
menghias peribadi muslim
Lantas mencetuskan ilham menjulang kebangkitan
Ya Rabbul'izzati
Tetapkanlah hati aku
agar tak mudah menyerah
untuk meneruskan perjuangan ini
Bersama ilmu,
walau nyata merumuskan suatu formula
bukanlah suatu tugas yang mudah
Mencari penyelesaian dalam melestarikan ketamadunan bangsa
Dari kejatuhan silam..
Aku ingin sumbangkan bakti
Kembalikan keagungan Islam
Bersama ilmu dan kebijaksanaan
Ya Allah,
tidak sama sekali aku kuburkan
segala apa yang terhasrat di hati
Kerana rindu..aku mahu Islam kembali berkuasa di dunia ini
andai nyawaku tidak cukup panjang untuk teruskan perjuangan ini
Hadirkanlah pada ku seorang insan
Moga bersama-samanya bakal melahirkan anak-anak ummah
Kerana akan aku titipkan darah perjuangan ini kepada mereka
Moga mereka bakal mewarisi
Segala apa yang aku usahakan sekarang ini..
memartabatkan kembali maruah agamaMu
yang sekian lama dicalar oleh tangan-tangan kotor
yang kononnya berjuang atas nama agama,
namun mereka mencemarkannya
menjual nama agama, untuk kepentingan diri
Ya Allah....damaikanlah hatiku..
Sehingga tiba saat itu..
Demi agamaMu
yang aku cintai...
Tetapkanlah aku dalam iman..
dan bimbinglah aku dengan cahaya-Mu
Ameen ya Rabb


~ Nawwarul Mawaddah (pendamba cahaya cinta)

~* Penulis bukanlah sehebat manapun, cuma berharap sumbangan kecil ini mampu menyumbangkan sedikit sebanyak idea untuk kemaslahatan ummah pada masa hadapan, insyaAllah *~

0 comments: