~* ar-ruhhul jadid fii jasadil ummah *~
* * * * * * * * *
Bismillahirrahmaanirrahim...
dalam diri manusia itu
terdapat bukti kekuasaan Allah SWT
menyelongkar hakikat kejadian ruh,
pasti minda terarah untuk mengatakan
betapa indahnya jika jiwa disucikan dan dibersihkan,
dirafa'kan seluruh jiwa raga,
mengabdikan diri pada Allah azza wajalla
selam dan selamlah ke dasar lubuk hati
rasailah kehebatan ciptaan Allah
pada setiap dengutan nadi,
pada aliran darah yang mengalir,
rasailah getarannya
biarlah getaran nadi itu seirama dengan zikruLLAH
.
" Dan sebelumnya kamu tidak pun mengetahui apakah itu Al- Kitab (Al-Quran) dan tidak juga mengetahui apakah itu Iman. Tetapi kamilah yang menjadikan Al-Quran itu cahaya dan pertunjuk kepada sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba kami." (As-Syura : 52).
.
hati....
tempat bertapaknya iman dan taQwa
.
" Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk diberi hidayah maka nescaya Allah akan melapangkan dadanya kepada Islam (Memeluk Islam)." (Al-An'am : 125).
.
Ya Allah..
adapun hambaMu ini
lahir melewati zaman keagungan seperti mana hujah rasulMu
.
dari Aisyah ra :“ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien). “ (hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5).
.
tetapkanlah aku berpegang pada 'tali'Mu..
jauhkanlah aku dari golongan yang sesat
.
Ya Rabb..
hambaMu ini begitu jahil
tetapkanlah aku bersama-sama salaf soleh
.
Ya Allah..
andai aku tersalah laku, tersalah hitungan, tersalah hujah
tentang kebenaran agamaMu
tentang kebenaran kalamMu
tentang kebenaran sunnah rasulMu
ampunkanlah aku
sesungguhnya aku telah menzalimi diriku
Maka tunjukkanlah aku kebenaran
.
Ya Allah..
Pepecahan ummah semakin meruncing
Begitu ramai berjuang atas nama agamaMu yang mulia ini
tapi mereka mencemarkan kemurniannya
Mereka kata mereka mahu menegakkan agama Allah
tapi mereka jauh dari membentuk jemaah
Mereka bilang mereka mahu tegakkan daulah Islamiah
hakikatnya mereka memecah-belahkan ummah
kononnya nak jadi wira pejuang sunnah
tapi mudah-mudah menghukum bida'ah
.
aku percaya
umara' dan ulama' perlu bersatu
wujudkan gandingan
bernaung di bawah satu panji
membentuk daulah Islamiah yang unggul
tapi umara' yang ada hari ini mengetepikan peranan ulama' mukhtabar
golongan agama yang ada hari ini
ada yang sibuk-sibuk nak jadi penguasa
caci maki tak mengira tempat
mana letak teladan akhlaQ mulia rasulullah?
.
Hanya ada satu jalan penyelesaian
untuk membentuk satu daulah
atas nama ISLAM
yang bernaung di bawah kebenaran
al-Quran dan as-Sunnah jadi pegangan
berada dalam satu payung
AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

0 comments:
Post a Comment