Tuesday, November 20, 2007

Bukan Mudah

Bukan Mudah untuk memelihara iman di tengah kekufuran
Bukan mudah untuk memelihara iman di tengah kejahilan
Bukan mudah memelihara iman di tengah manusia yang memuja kecantikan
Bukan mudah memelihara iman di tengah manusia yang mengejar harta kekayaan
Bukan mudah memelihara iman di tengah manusia yang gilakan pangkat serta kedudukan

bukan mudah menjadikan diri bak permata yang indah berkilau di tengah terik mentari yang menyilau
kerana kerdipannya acapkali mengelirukan
* * * * * * * * * * * * *
Cabaran menongkah zaman,
Manusia nanar dan ralit memburu cinta dunia,
Bermegah dengan binaan tinggi mencakar langit,
Terlalu sedikit hati yang membanting tenaga untuk melestarikan kehebatannya
Merafa’kan seluruh jiwanya kepada tuhan yang satu
Dalam menelusuri kehidupan duniawi dia tega melewati denai kesufian

1 comments:

Anonymous said...

Wahai Allah...aku kegelisahan....menjalani hidup ini sendirian sementara..tanpa hilaian tawa anak serta isteri.Wahai Allah ..hanya Kau sahaja yang mengetahui gejolak perasaanku..Batinku..Bukannya aku tidak mengidami contoh kasihnya siti khadijah,aishah serta para isteri dalam melayarkan bahtera kehidupan bersama Rasul s.a.w...hanya semata tuntutan halus yang bernama perasaan..aku tenggelam wahai Allah...Oleh perasaan ku yang hampir memakan imanku padaMu.Ampunkan dosaku wahai Allah..ku tahu ayatMu itu Nas yang qoti'e..ku tahu Sunnah rasulMu itu haq..ingin sekali aku mahu kelak di himpunkan di dalam kalangan insan yang mengamalkan Haq qoti'e Mu serta Sunnah RasulMu di padang masyar kelak..aku bangga sebagai suami kalau isteriku di naungi payung emasMu tatkala ribuan kalangan wanita yang di seret malaikat kerana memperlekehkan hukumMu....
...tapi aku tidak berdaya wahai Allah..aku tidak berdaya..aku takut akan dosa zina..tapi aku tidak mampu berpuasa..sedangkan ku tahu itu saranan NabiMu..walaupun dia menangisinya di hadapanMu kerna tak dapat mengadilkan hatinya dalam mengagih kesamaan kasih sayang.....Aku lemah Ya Allah..kerna aku lelaki..Ya Allah..ku mohon petunjukmu serta berikanlah hidayah mustakim...agar aku..bisa menongkah arus kerana ku tahu jalan kejayaanMu akan berliku....ameen