BismiLLAHirrahmanirrahim
Dunia padaku tiadalah apa yang indah
yang kunampak hanya keagungan ciptaan tuhan
aku tak kisah jika tidak cantik rupa
namun aku akan bersedih jika hilangnya cahaya iman
di raut wajah
aku tak hairan berjalan kaki di bawah terik mentari
ada pun mereka bergaya dengan kereta mewah
asalkan perjalananku tidak diancam keselamatan oleh mereka yang berhati jahat
aku tak kisah walau tidur di hamparan tikar
walaupun mereka tidur di tilam empuk
asalkan malamku terjaga untuk sujud kepada tuhanku
aku tak kisah berteduh di bawah teratak buruk
walau mereka beradu di mahligai indah
asalkan ia bersih dan bersama-sama mereka yang sentiasa mengingati Allah
susah senang hidup di dunia
segalanya hanyalah ujian tuhan
dunia hanyalah pinjaman
segalanya milik tuhan pencipta
tiada apa untuk dibangga-banggakan
jauh sekali untuk bermegah-megah
sampai masa akan ditinggalkan jua segala isi dunia
hanya menanti saat diperhitungkan
menagih segala janji yang pernah termeteri
ya Allah! kupohon segala kekuatan
semoga Kau temukan aku dengan satu jiwa insan
tulus hatinya mempersuntingkan aku
bukan kerana rupa
bukan jua yang melihat keutamaan kepada harta
tapi kerana keikhlasan hatinya
membimbing aku demi redhoMu ya Allah.
Aku ini insan lemah
Aku ini insan jahil
ya Allah! beratnya ujianMu kepadaKu
selamatkanlah aku dari segala fitnah dunia
.Ya Allah, mengapa jauh benar pertemuan aku
dengan seorang lelaki yang benar-benar aku yakini agamanya
datang melamar aku?
yang kutemui hanya jiwa insan yang mengejar harta dunia untuk sebuah perkahwinan
ya Allah.. mengapa kau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak sukai?
aku tak perlukan mahligai mewah utk perkahwinan
aku tak perlukan kereta yang besar utk perkahwinan
aku tak perlukan pada seorang yg berpankat utk perkahwinan
hanya yang kumahu, seseorang yg berusahanya utk menggapai redho tuhanku
yang akan mendidik aku melalui perkahwinan
yang mahu bawa aku bersamanya mengadap tuahn yang satu melalui perkahwinan
dgn satu lafaz indah
termetrai janji
diikat kerana redho tuhanku

1 comments:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani..
Wahai Insan..
Dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi denganmu selepas tahun ini.Oleh itu,dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia...
Wahai insan...
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang mukmin sebagai amanah yang suci.Kembalikanlah harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Jangan sekali-kali kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan terhadap amalan kamu.
Wahai Insan..
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agamamu,dia telah berputus asa untuk menyesatkanmu dalam perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya tidak mengikutinya dlam perkara kecil.
Wahai Insan....Dengarkanlah..
Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku,dan tidak akan hadir agama baru. Oleh itu nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan ini. Sesungguhnya aku tinggalkan padamu dua perkara,sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya,itulah Al-Quran dan Sunnahku..
Wahai Allah persaksikanlah..bahawa aku telah menyampaikan risalahMu...
Bicra terakhir di Lembah Uranah itu masih terngiang-ngiang lagi di telinganya,bicara seorang sahabat yang amat di cintai.Namun hari ini segalanya telah berakhir. Abu Bakar berjalan lemah meninggalkan sekujur jasad itu. Kejaran laju kuda yang dipacunya sebentar tadi rupanya masih tidak memberikan kesempatan,buatnya melihat saat-saat terakhir keberangkatan baginda menemui Robbul Jalil. Lesu langkahnya keluar meninggalkan saudara mara Rasulullah s.a.w yg masih mengerumuni jenazah baginda. Suasana di luar rumah riuh dan bising,rata-rata orang bertanyakan....
"Apa yang terjadi? Apa yang telah berlaku wahai Abu Bakar? Katakanlah..!!" Abu Bakar terdiam. gugur satu persatu air jernih di matanya. Mengapa tidak,dialah insan yg terlalu banyak mendampingi Rasul s.a.w ketika hayat baginda. Umar masih tidak dapat menerima kenyataan. Di tangannya masih terhunus sebilah pedang,sambil melaung-laung.." Barangsiapa mengatakan rasulullah telah tiada,akan ku penggal lehernya!" berkali-kali suara itu terpacul dari mulut umar. Abu bakar menyedari gelodak jiwa sahabatnya itu. Dia tahu betapa sukarnya menerima HAKIKAT yang sudah termetarai Ilahi .
"Wahai Umar,andai kau menyembah Muhammad,hari ini Muhammad telah pergi,tapi jika kau menyembah Allah,percayalah sesungguhnya Allah tetap Hidup dan Kekal selamanya." Kalam itu buat ia terus kelu. Pedang di tangannya terlepas jatuh ke bumi. Air mata seorang sahabat mula menuruni kelopak matanya...
Seluruh alam menyaksikan berita itu.Semuanya seakan mengerti. Alam menjadi kelam,tujuh hari langit memendungkan diri,hambar dan sepi menangisi pemergian seorang nabi akhir zaman.Para sahabat sperti kehilangan daya,namun kerana cinta yang masih berbahang,perjuangan tetap mereka teruskan. Malah bukan sekadar nyawa..lebih daripada itu mereka rela..!!!
Andai aku di takdirkan hidup di zaman rasulullah,ingin sekali aku menjadi insan yang walau secebis dapat bertapak di hatinya. Paling tidak aku dapat menguruskan sedikit sebanyak perjalanan da'wahnya baginda. Sayang sekali sejak azali aku tidak tercalon untuk menjadi seperti itu...Lantaran aku di lahirkan saat ini,zaman yang telah meninggalkan insan istimewa itu berkurun lamanya. Lantas..salahkah aku kalau aku mengidami untuk menjadi sekadar penyambung risalahnya?! Ekoran menagih impian yg tidak kesampaian itu!!..
Post a Comment