Segala Puji hanya untuk Allah...
semangat perlu diperkuatkan, usah dihirau kata-kata orang yang melemahkan semangat, tiada siapa yang mampu memahami jerit perit, jika mata buta melihat, jika hati kelam bersalut, cabaran tetap akan datang, "Sesungguhnya tidak akan diuji sekiranya kamu beriman"
lepaskan segala yang berlalu, biar pergi perit derita rasa, pasti nanti terpadam jua gelita, tabahkan hati, teruskanlah perjuangan, perjalanan masih jauh, cita-cita takan berpenghujung
hanya yang tahu saja bisa memahami.........
* * * * * * * * * * * *
moga Allah tolong
jangan mengalah!
jangan menyerah!
musnahkanlah segala pepijat yang merosakkan jiwa
mohonlah bantuan dari Allah
usah mengharap simpati manusia
berusahalah dengan khudrat yang ada
* * * * * * * * * * * *
hanya Dia yang mengetahui segala sesuatu
berusahalah untuk memajukan diri sendiri
* * * * * * * * * * * *
Hari ini, ruang minda saya terbuka kembali. Tiada guna juga saya memaksa diri saya untuk menjadi insan lain dan lari daripada apa yang pernah saya cita-citakan tika saya masih kecil lagi.
* * * * * * * * * * * *
Semenjak saya kecil sehinggalah sekarang, saya selalu berasa rendah diri dengan segala kekurangan yang ada.
Antaranya ialah, semasa penganugerahan "Tunas Jaya Kebangsaan", saya mesti akan berkata, "Ibu bapa mereka bukan alang-alang orang sebab itu anak-anaknya hebat". Begitu juga dengan angkasawan negara kita. Latar belakang pendidikannya bagus, ibu bapanya juga bukan yang biasa-biasa. Jadi tidak hairanlah mereka yang benar-benar cemerlang ini lahir daripada latar belakang keluarga yang baik. Tapi acapkali berlegar di ruang minda, alangkah bagusnya jika mereka ini hebat mendokong nilai agama berlandaskan syariat Allah yang benar. Tidak dinafikan bukan tidak ada yang benar-benar cemerlang datang dari keluarga yang susah, tapi masa untuk mereka mencipta kecemerlangan itu memakan masa yang lama. Namun ada yang menarik hati saya, seorang kanak-kanak yang usianya 10 tahun sudah hafaz 30 juzuk al-Quran. Tidak dihantar anak ini ke sekolah, namun ibunya sendiri mengajar di rumah mengikut silibus pendidikan seperti di sekolah dan yang pasti ibu bapanya juga bukan yang biasa-biasa.
Apa definisi cemerlang pada saya?
Sudah tentu mereka yang benar-benar kuat semangatnya, cemerlang menjadi hamba Allah yang taat dan cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Mendokong nilai beragama untuk melestarikan professionalime dalam kehidupan seharian. Jika dia seorang doktor, seorang jurutera, seorang pensyarah, seorang saintis, seorang akauntan, seorang peguam, seorang arkitek, dialah seorang doktor, jurutera, pensyarah, saintis, akauntan, peguam, arkitek yang memiliki iman yang mantap mengunci jiwanya.
Memang dalam dunia ni ramai orang yang berkelulusan doktor, jurutera, pensyarah, saintis, akauntan, peguam, arkitek namun berapa ramai yang benar-benar memiliki sijil professional dalam bidang ini? tak ramai
Bukankah rasulullah lebih suka ummatnya yang kuat dan beriman, yang kaya dan beriman, yang bijak dan beriman..
Siapa yang saya hormati?
Sudah pasti mereka yang elok akhlaQnya. Baik budinya, ikhlas hatinya kerana Allah, bukan sekadar berbaik-baik kerana mempunyai kepentingan sendiri. Seorang yang benar-benar mulia pekertinya ialah mereka yang benar-benar tawadduk dan tinggi syahsiah diri.
kata hukama' "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
Kita Mudah lupa
Ramai di antara kita yang apabila susah, mudah ingat pada Allah, jika tidak pun sering diingatkan agar mohon bantuan kepada Allah, namun apabila senang, berapa ramai yang bersyukur?
Apabila kita susah, mengalir air mata menginsafi diri, namun bila senang datang, berapa ramai di antara kita yang menangis mensyukuri nikmat Allah?
Ya Allah! Lindungilah hambaMu, tetapkanlah kami dalam iman
* * * * * * * * * * * *

0 comments:
Post a Comment