Wednesday, November 28, 2007

Kepimpinan Idaman

BismiLLAHirrahmanirrahim...
Alhamdulilllahirabbil'alamin wassolatu wassalam

.
Setinggi impian
Segunung harapan
Apakah mungkin akan ketemu?
_________________________________

Insan yang memiliki kebijaksanaan
Menebal sifat kehambaan, rasa diri sentiasa bertuhan
Penuh dengan rasa tawadduk
Menitis air mataku
Tika mana aku dikatakan suka berangan-angan
Demi Allah,
Aku hanyalah seorang wanita..
yang memiliki kelemahan
aku redho dengan kurniaan tuhanku
kerana itu janjiku
sebelum mataku terbuka memandang dunia
sebelum suaraku bergema memecah alam
sebelum kakiku menjejak bumi tuhan
.
Dek kurangnya akal perhitungan
Tohmah datang membadai
Namun aku tega
Pasti ada hikmah tuhan disebaliknya
Hanya kerana pandangan akal tak mampu melihat kebenaran
Maka tertutup segala hijab.
..
Siapalah aku..
aku hanya hamba tuhan
segala kurniaan adalah miliknya
.
ya Tuhan..
berat benar aku pertahankan kalamMu
walau nyata kemuncak cintaku
pada satu firmanMu
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (al-Baqarah : 269)
Biarpun impian aku dipersendakan
Sampai mati akan aku pertahankan..
Moga Allah berikan aku kekuatan
Biarpun aku bukanlah sebaik-baik insan
.
Aku tiada upaya menjadi manusia yang begitu sempurna
Sesuci fitrahnya kejadian ruh
Terbias kesuciannya bila bersemadi bersama jasad
Tidak.. tidak..
aku bukanlah sebaik-baik manusia

1 comments:

Syafeeq Mohd said...

"Aku tiada upaya menjadi manusia yang begitu sempurna
Sesuci fitrahnya kejadian ruh
Terbias kesuciannya bila bersemadi bersama jasad
Tidak.. tidak..
aku bukanlah sebaik-baik manusia.."

-last verse nih betul buat aku tersentuh. sekadar merenung kejadian alam diri ini...