Tuesday, November 13, 2007

Teman

Usah kita memilih seseorang untuk menjadikan teman setia kerana dia suka memuji ataupun sering menyatakan kasihnya kepada kita.
* * * * * * * * * * * * *
Hakikatnya, bukan sedikit orang yang suka memuji kita kerana mengingini sesuatu daripada kita. Apabila kita suka, sayang dan kasih kepada seseorang, sepatutnya kita tidak menanti dia memuji kita terlebih dahulu. Sewajarnya kita tunjukkan kasih sayang kita kepada semua orang tanpa syarat dan sebab. Usah pula cepat marah dan melenting apabila ada orang yang menyebut tentang kesalahan ataupun kekurangan diri kita. Ada baiknya kita meneliti kata-kata tersebut kerana kemungkinan kata-kata tersebut mengandungi kebenaran dan dengan itu dapatlah kita memperbaiki diri kita nanti.
* * * * * * * * * * * * *
Petikan daripada "Cerita-cerita Motivasi Jiwa"

0 comments: