Assalamualaikum WarohmatuLLAHi Ta'ala Wabarokaatuh
Duhai wanita...
ingin sekali aku menulis di sini
kerana aku jua seorang wanita
Maafkan aku kerana tulisanku akan memeranjatkan dirimu
Tahukah engkau bahawa Allah menghalalkan poligami?
Namun mengapa engkau begitu memusuhi hukum Allah ini?
Aku kesal kerana terlalu banyak pepecahan dan keruntuhan rumahtangga
berlaku kerana kebencianmu
terhadap apa yang Allah halalkan ini
Duhai wanita...
Tidak pernahkah engkau fikirkan keindahan hukum Allah ini?
Tapi kenapa engkau begitu risau dan menentang sekeras-kerasnya?
Duhai wanita...
Aku melihat dan menafsir dalam ruang lingkup pengetahuanku
engkau yang menentangnya bukan sekadar wanita yang jahil agama
daripada yang berwajah cantik, bertubuh langsing, dan berfigur seksi
malah dari kalanganmu yang juga hebat berpengetahuan agama
lantang berceramah di sana sini
dari penampilan anggun berjubah hatta berkerudung labuh
Kenapa engkau terlalu bimbang akan kurangnya kasih sayang insan?
Kenapa engkau risau berkongsi kasih mesra seorang suami?
Adakah engkau dapat menjamin bahawa monogami itu
mampu memberi kebahagian kepadamu sehingga ke akhir usia?
Renungkanlah bersama..
Dirimu, diriku, dirinya dan juga sesiapa
segalanya milik Allah
Setiap makhluk tiada yang kekal
Hatta kasih sayang insan jua pemberian tuhan
Jika benar engkau mahu menggapai redho tuhanmu
mengapa engkau persendakan hukum tuhanmu?
Renungkanlah...
Sedang engkau sarat mengandung,
Sedang engkau berada dalam pantang setelah melahirkan anak
adakah engkau mampu memuaskan nafsu suamimu itu?
Jika engkau tak mampu
dan jika suamimu tak mampu menahan nafsunya
dan perbuatanmu itu boleh mendorong suamimu berlaku zina
Adakah engkau masih mahu mempertahankan hakmu?
Tidakkah engkau takut akan dosa zina?
Tidak engkau takut engkaulah penyebab zina
biarpun dirimu secara nyatanya tidak melakukan perbuatan itu
Duhai wanita...
Usahlah engkau terlalu cemburu
dan terlalu bimbang engkau kehilangan hak
cinta manusia adalah anugerah Allah kepadamu
Namun, janganlah engkau persendakan hukum tuhan
yang menghadirkan cinta insan bernama lelaki dan juga suami kepadamu
Mari aku kisahkan...
Siapakah contoh-contoh wanita
yang melahirkan anak-anak yang hebat
kerana hebatnya iman dan taqwa menghias peribadi mereka
tawadduk kepada Allah Taala
Rahil isteri Yaakub
Cintanya teguh pada suami
Sabarnya menanti saat dipersuntingkan sebagai isteri
Terlalu amat disayangi suaminya
Bukan semata-mata kerana kecantikan rupa paras
tapi juga kerana keindahan pekerti
dan daripadanya jualah lahirnya nabi Allah Yusuf dan adindanya Benjamin
yang dicemburui anak-anak daripada isteri-isteri yang lain
Namun berkat kesabaran dan kerendahan budi
Diwariskannya kepada zuriatnya
Itulah pelangsung generasi nubuwwah dari terciptanya Adam
* byk lagi contoh.. nantilah sambung

2 comments:
Duhai kasih...maafkan aku menganggapmu seperti itu..aku karam dalam nafsu..Duhai kasih..sesungguhnya aku terlalu di buai nafsu..Tidakku salahkan isteriku...hanya kerana dia menyanggupi kehendakku....biarlah..biarlah....hanya kerana kerasnya hatimu...aku menjadi kelu..tak perasankah kamu akan perasan hati lelaki?..Mungkin..mungkin...aku yang syok sendiri..biarlah...biarlah....Harapan sangat tinggi...agar bisa Allah..memutuskan nafsu ku pada duniawi..fana..fana..dunia ini memang pengakhirnya..sepertimana akhirnya para Rasul..25 jumlahnya...Ya Allah...Ya Rasulullah..aku gagal membentuk isteriku memahami HaqMu serta Sunnah Nabimu..aku tidak boleh terbang dgn keadaan sebelah sayapku terluka..manakan boleh burung terbang dgn sbelah sayapnya?..aku mengimpikan diriku mempunyai sepasang sayap yang sempurna..jangan.....jangan katakan aku mahu sunnah yg ini..yang lain aku tinggalkan..biarlah...biarlah..bukan ku berputus asa..takkan ku talaqkan dia..kerna dia isteriku yang menjaga makan minum ku..kerana aku punyai zuriat..yang bisa aku ketengahkan..se iring dengan kemahuanMu..Ampuni aku Ya Allah..sekiranya aku melawan fitroh duniawi...tapi aku mahu hakiki..makrifatMu serta hidayatMu....maafkan aku wahai cahaya yang sempurna..kau srikandi,memperjuangkan hukum..ayahmu pejuang ulung..ibumu adalah penyambung..tapi aku?..aku gagal dalam memeliharamu..agar jangan lagho dalam perhubungan..mungkin..mungkin..aku yang berperasaan begitu...hanya kau yang tidak begitu..itulah namanya nafsu..aku tenggelam dalam nafsuku sendiri..memikat srikandi..yang tak akan rugi..bila bertemu jodohnya yang hakiki..jangan kau malu wahai srikandi..ilmumu tinggi..contohi lah Siti Khodijah menghantar rombongannya memikat Rasulullah...bukan perigi mencari timba..tapi..bila kau rasa telah sampai masanya..lakukanlah wahai srikandiku...lamarlah lelaki itu...jika kau malu..itulah tanda separuh keimananmu..separuh lagi berikanlah pada agamamu..agar bisa suamimu..menjalani hidup bersamamu...sehingga pengakhiran yang abadi..wahai srikandi...maafkan aku yg biadap ini..siapalah aku dalam hatimu ..wahai cahaya yang sempurna....ameen
esk..esk.. sapa la pula jd kekasih sapa ni?
Post a Comment