tatkala ini berlegar di ufuk minda saya, bisakah ditemui seorang hamba Allah yang benar-benar menjaga kesucian fitrah cinta anugerah Allah setelah mana dia dianugerahkan Allah pelbagai kelebihan. Menjaga dirinya dari menjadi bahan fitnah...
Saya sedih, sukar dicari pada zaman ini, seorang wanita mengasihi wanita lain melebihi kasihnya pada seorang lelaki yang bukan mukhrim baginya. Jika diberi dua pilihan, ramai yang lebih suka menemani rakan lelaki daripada rakan wanita. Lebih suka berkongsi cerita dengan lelaki berbanding wanita. Begitu juga halnya dalam kalangan lelaki. Kenapa hal ini berlaku? Inikah yang dikatakan ukhwah fillah? Sehingga sanggup mengorbankan yang halal baginya untuk pergi kepada yang haram baginya? Sedih hati ini. Makin sedih bila ramai orang yang salah menafsir apa erti berkasih sayang kerana Allah. mungkin ramai di antara kita tak sedar atau tak faham akan 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat yang antaranya ialah;
Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab: ”Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
Sayangnya ramai yang memanipulasi hadith ini dengan mengatakan kami bercinta kerana Allah sedang mereka bukan lelaki--lelaki dan wanita--wanita yang hanyut dalam anganan dan buaian cinta. Ini hanyalah pandangan saya sebagai seorang yang tidak expert dlm ilmu naqli. Pandangan ini hanyalah daripada seorang hamba Allah yang cetek ilmu agama. Namun saya kira dalam sesetengah hal mempunyai pandangan yang lebih baik daripada sesetengah orang yang bergelar ustazah..
Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini dari tipu daya syaitan yang direjam. Benarkanlah aku dalam kalimahMu ya Allah. Tetapkanlah hati aku. Semoga hambaMu ini kuat menangkis ajakan dan pujukan syaitan.. Ampunkanlah segala dosaku Ya Allah, andai aku menzalimi diriku..

0 comments:
Post a Comment