Tuesday, December 4, 2007

a great man is always willing to be little!

Rasulullah SAW :: Menawan dalam Kerendahan
Betapa romantisnya kau ketika berlari-lari dengan si Humaira itu. Berlumba penuh ceria di padang pasir yang dingin. Malam itu menjadi saksi kau mengalahkan dia dalam senyum tawamu yang manis. ”Ini balasan yang dulu..” ujarmu sambil tersenyum mengimbau nostalgia ketika kau dikalahkannya pada awal perkahwinan.

Seringkali kau berkongsi minuman yang sama dengan isterimu. Bukan saja berkongsi ...malah kau meletakkan bibirmu di bekas hirupan isterimu...romantisnya kau wahai Rasulullah...


Ketika kau keletihan, sandaranmu hanyalah pada bahu isterimu...bukan tiang ataupun dinding rumahmu. Dan di pangkuan isterimu yang hangat itu, kau membacakan surah-surah al-Quran. Kau selalu bermanja-manja dengan isterimu dengan cara ini...

Kau pernah menjahit sepatu dan bajumu yang robek...oh, tidak terbayang betapa Rasul pilihan itu menjadi sangat luar biasa apabila membuat kerja-kerja yang biasa. Kerja yang tidak mungkin dilakukan oleh seorang raja atau presiden. Selalu kau mengingatkan dirimu, kau hanya anak yatim...

Ada ketika-ketika, kau bertanyakan isterimu,”adakah makanan hari ini?” dan apabila jawapan yang diterima,”tiada apa-apa yang boleh dimasak,”lalu dalam tawaduk seorang suami, kau berkata,”kalau begitu aku berpuasa saja.” Kau tega seadanya. Syukur ketika berbuka dan sabar ketika berpuasa.

Dan ketika kau lewat pulang dan malam sudah bertandang, kau hampar kain ridak mu di hadapan pintu, lalu kau tidur di hadapan pintu rumahmu. Kau tidak mahu mengejutkan isterimu yang lena di dalam. Esoknya ketika isterimu memohon maaf dan menyatakan kekesalan, kau hanya tersenyum tanpa tercalar oleh sedebu pun rasa terkilan apalagi kemarahan...
Rasulullah...kaulah insan terbaik melayan wanita...dengan kerendahan hati, dengan keterbukaan fikiran, dengan kelembutan perasaan, kau luruskan wanita yang bagaikan ’tulang rusuk’ yang bengkok..terlalu seni tanpa calar, tanpa gurisan. Hanya dengan kerendahan. Benarlah, a great man is always willing to be little!
- Majalah ANIS

3 comments:

Anonymous said...

salamualaykum..komen ke 3.

Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya, "Ada tujuh macam orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungannya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah itu sendiri, iaitu"

1. imam yang adil,

2. pemuda yang tumbuh (sejak kecil) beribadat kepada Allah 'Azza wa jalla,

3. seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid

4. dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun atas keadaan yang sedemikian

5. seseorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki),

6. seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu (tidak menampak-nampakkann ya), sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh tangan kanannya

7. seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)

~persoalannya;
Adakah saya termasuk dan diterima dari salah satu golongan di atas?
Semoga Allah terima saya dan anda semua. Ameen...

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

jawapannya senang aje.. tawaddu' tu ilallah..


wallahu'alam

Anonymous said...

salam....
maruah-al muru'ah..