Binaan yang gah bukanlah manifestasi kepada keunggulan tamadun Islam sebaliknya jika segala kecanggihan dan keelokkan senibina itu tidak mampu digunapakai dengan sebaiknya ia akan mendatangkan pembaziran. Contohnya pada kecantikan senibina itu sendiri, adakah cantik itu memberi fungsi tertentu? Atau sekadar elok pada pandangan mata?
Penelitian terhadap aspek fungsi dan estetik perlu diperdalamkan lagi dalam melahirkan apa-apa reka bentuk. Seterusnya penilaian dibuat pula dari aspek kos pembinaan.
Jika kita lihat, hari ini agak banyak masjid yang hebat senibinanya, namun berapa ramai yang datang solat berjemaah di masjid yang gah itu? Ada sesetengah masjid menyukarkan para jemaah untuk memasuki ruang ibadahnya. Ini dapat dinilai dari aspek ekcessabilitinya. Adakah masjid ini dibina untuk tujuan pengibadatan kepada Allah SAW atau sekadar untuk menunjukkan betapa bangganya manusia dengan harta kekayaan?
Mari kita renungkan bersama, apakah sebenarnya kita mengimport senireka dari negara-negara Islam, sedang nilai masyarakat kita masih lagi agak jauh daripada membudayakan Islam secara sepenuhnya...?
TTI berharga RM249.3 juta yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka 3 Februari ini menyajikan keindahan, keunikan dan kehalusan seni bina Islam. Keunikan TTI semestinya dengan kewujudan sebuah Masjid Kristal terapung serta 21 replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia, termasuk Al-Hambra (Sepanyol), Masjid Kubah Al Sakhra, Baitulmaqdis (Palestin) dan Menara Kaylan (Uzbekistan). Model masjid lain di taman diilhamkan Perdana Menteri itu ialah Masjid Samarra (Iraq), Kudus Minar (Indonesia), Masjid Xian (China), Shaikh Lutfallah (Iran), Kul Sharif (Russia) dan Qairawan (Tunisia).
TTI yang dibina di kawasan 22.3 hektar membabitkan peruntukan sebanyak RM249.3 juta, diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bakal menjadi Jendela Dunia Islam. Taman tema yang menggabungkan ciri keindahan alam semula jadi dan seni bina, termasuk pembinaan Masjid Kristal dan pusat konvensyen yang mula dibina Mac 2005 kini pada peringkat akhir mencantikkan landskap sebelum dibuka secara rasmi pada 2 Februari ini.
nkan mengikut elemen tersendiri. Pembangunan komponen A menempatkan dua pintu masuk utama ke pulau melalui jalan darat dan air. Komponen B membabitkan pembangunan pusat aktiviti TTI yang akan mengandungi tiga elemen iaitu plaza masuk, pusat komersial dan konvensyen. Fasa C dan D masing-masing membabitkan pembinaan dua bangunan iaitu Masjid Kristal dan perumahan imam serta bilal dan Kompleks TTI yang menempatkan Taman Islam, taman permainan kanak-kanak dan 21 replika monumen seni bina Islam yang terunggul di dunia. Semua 21 replika monumen itu dibina dalam skala 1:8 berbanding saiz asal dan dibina mengikut spesifikasi khusus mengikut pelan bangunan asal. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, berkata pembinaan 21 replika monumen bersejarah di seluruh dunia Islam menggunakan tenaga kerja pembinaan profesional serta kontraktor tempatan. "Melalui agensi pelaksana juga, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menggunakan kepakaran arkitek berpengalaman dalam pembangunan taman tema terkenal dunia seperti Tokyo Disney Sea dan Movieworld & Seaworld Australia Agro Gold Resort," katanya. Katanya, konsep asas TTI adalah sebagai Taman Pendidikan Hiburan yang menekankan kepada aspek pendidikan. "Apabila siap dan dibuka kepada orang ramai pengunjung bukan saja boleh menyertai aktiviti tetapi dapat menyaksikan kehebatan seni bina Islam melalui pembinaan 21 replika monumen dan masjid terkenal seluruh dunia.


0 comments:
Post a Comment