Saturday, January 26, 2008

INOVASI SUMBER TENAGA ALTERNATIF AUTOMOBIL: CHEM-E-CAR KUMPUL 63 SAINTIS MUDA KEJURUTERAAN KIMIA NEGARA


NIBONG TEBAL, 26 JAN: Universiti Sains Malaysia (USM) diberi penghormatan apabila menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Ke-3 Chem-E-Car Malaysia 2008 yang menyaksikan penyertaan 63 saintis orang muda Kejuruteraan Kimia dari seluruh negara bagi mencari sumber tenaga alternatif untuk kegunaan automobil di negara ini.
.
Selain USM, pertandingan berprestij ini turut memperlihatkan penyertaan 6 buah Institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam menguji keupayaan untuk mengerakkan model-model kereta untuk jarak yang tertentu dengan beban yang tetapkan menerusi penggunaan bahan-bahan kimia sebagai sumber tenaga. Chem-E-Car dirasmikan oleh Prof. Abdul Aziz Tajuddin, Dekan Penyelidikan, Pelantar Penyelidikan Sains Fundamental, mewakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM.
.
Pertandingan ini dianjurkan secara bersama oleh Institut Kejuruteraan Malaysia dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM bagi mengumpulkan bakat-bakat baru tenaga penyelidik khususnya dalam usaha mengkaji sumber tenaga alternatif kenderaan.Prof. Abdul Aziz ketika berucap turut mengingatkan peserta terhadap peralihan tumpuan sumber tenaga dunia pada masa akan datang yang akan lebih berorientasikan kepada sumber tenaga bio-diesel dan tenaga boleh diperbaharui bagi menggantikan penggunaan petrol dan diesel sedia ada.“Untuk mencari penyelesaian bagi jangkamasa panjang, kita harus mengubah minda bagi membolehkan kita bukan sahaja untuk mengurusakn teknologi malah juga berupaya untuk mengikut arus pesat perubahan ilmu dan inovasi.“Malaysia menjangkakan bahawa tenaga alternatif akan menjadi tumpuan dunia dalam masa yang lebih singkat dari apa yang disangkakan. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengasah bakat-bakat muda dalam penyelidikan bagi mencari alternatif sumber tenaga terbaik mulai sekarang agar kita tidak akan ketinggalan,” kata beliau.
.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Prof. Abdul Latif Ahmad, Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM dan Juares Rizal Abd Hamid yang mewakili Institut Kejuruteraan Malaysia.Selain pertandingan bagi kategori model kenderaan, ‘Chem-E-Car’ 2008 turut menyediakan ruang bagi persembahan poster penyelidikan pelajar. Pemenang akan kemudiannya mewakili negara ke Pertandingan ‘Chem-E-Car’ Peringkat Antarabangsa yang bakal diadakan tidak lama lagi.Nota gambar: Pasukan penyelidik USM meninjau model kereta ‘MAGTIMUS’ yang bakal dipertandingan di ‘Chem-E-Car’ 2008. USM menghantar empat penyertaan bagi kategori tersebut.

0 comments: