Soalan
Kita didedahkan lelaki yang baik dipasangkan dengan perempuan yang baik. Lelaki yang jahat pula dipasangkan dengan perempuan yang jahat. Begitu sebaliknya. Di sini saya timbul sedikit keraguan mengenai perkahwinan itu. Tidakkah lelaki atau perempuan jahat yang sudah insaf dan bertaubat, mesti berkahwin dengan orang seperti mereka sebelum insaf dan bertaubat? Tidakkah mereka perlu berkahwin dengan orang baik supaya lebih dapat membimbing ke jalan yang diredai Allah?
Abang C.
.
Jawapan:Dalam surah an-Nur, ayat 26, Allah berfirman maksudnya: "Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji bagi wanita yang keji. Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan sempena peristiwa ‘al-ifki’ iaitu ketika Saidatina Aisyah difitnah oleh puak munafik di Madinah bahawa beliau melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.Allah mempertahankan kesucian Aisyah dan menegaskan bahawa jika benarlah Aisyah itu jahat, masakan beliau dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Nabi Muhammad SAW dan sangat disayangi pula oleh Baginda? Pengajaran daripada ayat itu adalah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.Hal itu tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Firaun dan pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian baik semula.
.
Dijawab oleh Prof Madya Maznah Daud,
pensyarah syariah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
Pandangan dan permasalahan layari www.bicarakalbu.blogspot.com

2 comments:
macam mana pula kes female yg pernah buat silap masa lampau tapi dah insaf jdi baik dan berniat mencari laki yang baik yang bole bimbing dia ke jalan yang baik lagi..??
layakkah lelaki yang baik (soleh) buat wanita solehah (yang pernah silap) tu?
sedang wanita yang kafir pun, setelah dia mengakui beriman dengan Allah SWT pun layak menjadi isteri para nabi Allah. apalah sgt dengan kita ini, yang pastinya tiada langsung punyai kelayakan utk dinikahi oleh para nabi, hanya yang tinggal pun pengikut setia para nabi Allah... itu pun jika kita dipilih Allah untuk dinikahi oleh mereka yang kuat mendukung agama Allah.. wallahu'alam..
Post a Comment