BismiLLAHIrrahmanirrahim...
Memetik kata-kata daripada Dr Juanda...
"SETIAP anak yang lahir akan menonjolkan kehebatan pertamanya iaitu tangisan memukau yang mengundang air mata kesyukuran ibu bapanya. Kemudian, timbul pula impian yang bermacam mengenai masa depan anak itu, dia mesti berjaya. Jika boleh, jadi orang nombor satu di tadika, sekolah, kolej, Malaysia dan seluruh dunia. Akhirnya, menjadi barisan pertama yang masuk ke syurga Firdaus bersama Nabi dan Rasul, syuhada dan salihin. Adakah impian itu akan menjadi kenyataan? Ramai ibu bapa yang takut bermimpi walaupun hanya sekadar merancang. Yang penting, apabila besar nanti anak itu tidak menyusahkan orang di sekelilingnya. Selamat, sejahtera sebagai Muslim beriman. "
Seorang ibu yang mempunyai impian seumpama itu sudah pasti akan berusaha untuk memastikan anak-anaknya menjadi seumpama itu. Lantas tanggungjawab mendidik tidak diambil mudah olehnya.

