Wednesday, March 26, 2008

Kehadrat Ilahi....
Kupohon hanya secangkir kekuatan
untuk meredah kehidupan di pentas persada maya ini.
Saat kulihat kejayaan teman-teman di luar sana,
aku masih lagi termanggu di sini..
entah bila..
akan berakhirnya segala getir ini..
dari ruang jendela..
aku hanya membilang titik-titik hujan
satu titik.. dua titik.. tiga titik..
tapi tak daya aku membilangnya...
Aku tahu bahawa hidup ini adalah aturan tuhan
melalui qada' dan qadarnya..
Namun jiwa fikirku masih lagi kecamuk..
Mencari haluan yang betul
Dek kerana rasa takut masih bersarang..
Namun aku tetap bimbang bahawa matiku nanti
Sedang aku selalu merasakan bahawa
belum cukup bekal untuk bahagia di sana
Sungguh hanya pada tuhan,
Hanya mampu aku pohon..
Agar mengizinkan aku terus bernafas di atmosfera ciptaan-Nya
Kerana dadaku masih sempit dengan ilmu-Nya..
Kerana kejayaan masih belum jadi milik aku..
Jauh.. jauh.. jauh... terlalu jauh jalan itu...
Namun aku tetap rindu...


0 comments: