Sunday, April 6, 2008

Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillahirabbil 'alamin..

Hari ini, bicara saudaraku tentang kemenangan Islam, membuka mindaku tentang sesuatu. Isunya TAJDID dan perkaitannya tentang kemenangan Islam. Bicaranya mengingatkan aku tentang Salahuddin al-Ayyubi.. seorang panglima perang yang hebat di zamannya. Bagaimananya hebatnya beliau, kerana diakhir usianya, tidak ada harta yang ditinggalkan untuk dirinya, malah kain kaftan pembalut jasadnya juga adalah sedekat daripada seorang menterinya.
Lewat di zaman ini, apakah mungkin akan kutemui lagi, seorang insan yang begitu tinggi semangat juangnya. Bukan berjuang untuk kemenangan dari segi material, tapi berjiwa untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada. Menolak sesuatu perkara bukan kerana kekurangan dari segi harta benda tapi kerana kekurangan dari segi kelemahan jiwa.
RENUNGAN
istilah ‘jihad’ membawa maksud ‘usaha yang bersungguh-sungguh’ – usaha yang diamalkan seseorang dengan sepenuh daya upayanya demi pencapaian suatu matlamat yang tulus

0 comments: