Berkata Musa a.s.: 'Ya Tuhanku! adakah di muka bumi ini suatu kaum yang lebih mulia di sisi-Mu daripada kaumku? Engkau telah melindungi mereka dengan awan kemawan. Engkau turunkan Manna dan Salwa dari langit untuk makanan mereka.'
Allah berfirman: 'Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui bahwasannya kelebihan umat Muhammad atas semua umat yang lain laksana kelebihan-Ku atas sekalian mahluk-Ku?'
Berkata Musa a.s.: 'Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk melihat mereka (umat Muhammad)!'
Allah berfirman:'Engkau tidak akan dapat melihat mereka. Tetapi jika engkau ingin mendengar suara mereka, dapatlah Aku memperdengarkan padamu.'
Berkata Musa: 'Baiklah, aku mau.'
Berfirman Allah SWT: ''Wahai umat Muhammad!'
maka sekalian umat Muhammad menyahut bersama-sama dengan suara yang keras: 'Labbaikallahumma Labbaik!' (kami datang kepada-Mu ya Allah, kami datang), sedangkan ketika itu mereka masih berada dalam tulang sulbi ayah-ayah mereka.
________________________________
Renungkanlah wahai insan, betapa beruntungnya kita berbanding dengan sekalian makhluk yang pernah diciptakan Allah. Inilah sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan. Lahir sebagai umat Muhammad, apa lagi kurnia yang kita mahukan selain dari ini? Saat di hujung nyawa, kalimah yang tidak lekang dari bibir Rasulullah, "Ya Ummati..ya Ummati...". Ya Tuhan, besarnya kasih sayang habibullah ini, kerana cintanya, kerana kasihnya, syafaatnya terus menerus sehingga ke hari kiamat...
Bukan sekadar itu, Musa alaihissalam juga mengidamkan kita, tapi Allah telah aturkan bahawa kita telah dipilih sebagai umat Muhammad. Tidak beruntungkah ini? Apa lagi rahmat tuhan? Ini sudah sehabis baik kurnia dari-Nya!
Dari petikan di atas, dapatlah dibayangkan, betapa.. [tak terkata apa-apa], saat manusia dari seluruh pelusuk bumi, berbondong-bondong datang ke baitullah, dengan sahutan kalimah 'Labbaikallahumma Labbaik!'

0 comments:
Post a Comment