Tuesday, July 15, 2008

Dinikahi wanita itu..

saya cedok penulisan di bawah ini dari satu artikel... Saya malas hendak menulis kerana apa yang akan saya tulis akan sama juga dengan apa yang telah ditulis...
Maksud hadith...
"Dinikahi wanita kerana kecantikannya....."
Wanita yang mempunyai “kecantikan”[15];Maksud sabda Nabi SAW “…yang memiliki kecantikan..” adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Qurthuby yang menegaskan bahawa itulah antara kriteria yang mendorong seseorang wanita itu dinikahi, tetapi yang lebih diawlakan adalah wanita yang beragama[16]. Begitu juga ulasan Ibn Hajar al-`Asqalani dalam membahaskan hadith ini, katanya;
“Diambil daripada (hadith tersebut) galakan mengahwini seorang yang cantik, kecuali jika bertembungnya (dua pilihan) wanita yang cantik yang tidak beragama dengan yang tidak cantik beragama. Adalah baik jika setaraf agamanya, maka yang cantik itu diawlakan”[17]
Maksud hadith...
Dinikahi wanita itu…kerana keturunannya..”
Menurut Ibn al-Athir membawa makna kemuliaan sibapa (keturunan) dan unsur-unsur yang dipandang manusia sebagai “kemegahan”[24] di samping pandangan lain yang mengatakan ianya membawa makna “kelakuan yang baik”[25]. Ini Jelas menunjukkan bahawa kriteria ini penting kerana keadaan keluarga si calon itu juga mempengaruhi peribadi perwatakan serta akhlak yang ada pada wanita tersebut.
Calon yang sefikrah
Sebagai pendokong gerakan Islam, kriteria ini adalah sebagai ciri pelengkap kepada matlamat harakah Islamiyah. Ciri ini semestinya menghimpunkan kesemua kriteria yang sebelum ini memandangkan pembentukan Fard al-Muslim dalam Jamaah sudah dikira ampuh bagi membina jatidiri abna’ al-Haraki. Berbekalkan segala sisitem tarbiyah yang telah dilalui, pemilihan calon yang mengambilkira kriteria ini adalah sebagai kesinambungan bagi mencapai matlamat Mujtama’ Muslim sebagaimana yang termaklum dari teori pembinaan Dawlah Islamiyah. Tegasnya, keperibadian seorang Muslimah sejati, menjadi kebanggaan suami dan anugerah paling berharga baginya dunia dan akhirat. Sabda Nabi SAW:

Daripada Ibn .`Abbas RA, sabda Nbai SAW; “Mahukah kalian aku khabarkan sesuatu yang menjadi perhiasan paling bermakna bagi seorang lelaki? Wanita (isteri) yang solehah. Apabila kamu memandangnya, kamu tenang dengannya, dan apabila kamu tiada dari sisinya, dia menjaga (maruah dan amanah) nya, apabila kamu menyuruhnya, dia taat dengannya”[36]

0 comments: