BismiLLAH, alhamduliLLAH..
Pada kesempatan ini, ingin jua saya menulis..
Kita melihat, hari-hari di ruangan dada akhbar, liputan berita seluruh dunia memperlihatkan negara-negara yang majoriti masyarakat Islam, hidup dalam keadaan huru hara, dibelenggu masalah kemiskinan, peperangan, menjadi pelarian, kebuluran dan ancaman penyakit. Kenapa semua ini berlaku?
- Kita kekurangan ruh Islam
- Kurang penghayatan Islam dalam erti kata yang sebenar
- Wujud organisasi yang lemah
- Terlalu banyak rundingan tetapi kurang penyelesaian
- Pemimpin-pemimpin negara Islam kurang penghayatan agama
- Islam lebih pada jenama bukannya intipati
Allah akan memberi pertolongan kepada hamba-Nya yang benar-benar memperjuangkan Islam. Kenapa kemenangan itu belum lagi menjadi milik kita? Ketahuilah bahawa segalanya adalah kelemahan kita sendiri. Kita asyik bersorak mengatakan, kita lakukan kerana Islam, adakah semua itu hanya kerana kita mahu meraih sokongan atau mahu menjadi terkenal? Renung-renungkanlah wahai pejuang sekalian. Islam itu bermula dengan tauhid, dengan lafaz laa ilah haillALLAH, Muhammad rasuluLLAH.. Jika kukuh asas tauhid kita.. nescaya kukuhlah yang lainnya...... insyaALLAH

0 comments:
Post a Comment