DEMI CINTA SUCI
.
Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna
.
C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga
.
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
.
Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa
.
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi
.
Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai
.
* * * * * * * * * * *


2 comments:
nasheed ni mengenang kembali akan diri yg mencari cinta yang suci..perghh..berasap nasheed ni sampai meleleh air mata para ustaz dan ustazah yang di lamun cinta..ngam2 pulak lepas tu terus nikah..alangkah bahagianya mereka..teringat di masa my qalam umpama kota al hambra..banyak curahan ilmu...di kala di taburkan ilmu itu..ketika para pendakwah rehat ..akulah yang tukang karut nyanyi lagu nasheed ni...specialy lagu ni la..sampai kan dalam room islam online di indonesia pun aku di jemput nyanyi..ish..ish..sib baik takde yang rakam..
ustaz dan ustazah pun bercinta. macam mana nak tunjuk contoh yang baik pada anak murid. Sunnah rasulullah berkahwin tak mahu ikut ke? jgn tahu ikut nafsu saja. Jika dah suka sama suka tu, berkahwin la cepat-cepat. dosa tak takut ke? pelik..pelik.. confuse pula bab cinta di kalangan ustaz ustazah ni. Jika benar mahu menjaga kesucian agama. Kawen la cepat2, tok sah dok bercinta. Jgn kata nak didik bakal jauzah/jauz, apa dgn berkahwin lepas tu tak boleh nak bimbing ka? Bercinta tanpa akad, belum tentu itu jodoh, konon nak mendidik, tup-tup jodoh takde..
Post a Comment