Firman Allah: Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Al-Sonhadji berkata: “Tuhan akan memperkenankan harapan orang-orang Mukmin yang betul-betul tabah hatinya, teguh pendiriannya menghadapi segala derita kerana menegakkan yang hak, dengan menyegerakan datangnya pertolongan kepada mereka. Sayid Qutub pernah berkata: “Kemenangan itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang- orang yang sanggup berdiri teguh sehingga akhir. Mereka sanggup teguh menghadapi menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai. Mereka yakin bahawa tiada kemenangan melainkan kemenangan dari Allah dan ketika dikehendaki Allah. Dan apabila kesusahan dan penderitaan itu sampai ke puncaknya, maka mereka hanya mengharapkan pertolongan dari Allah sahaja bukannya mengharapkan sesuatu penyelesaian yang lain. Bukan pula mengharapkan mana-mana pertolongan yang bukan datang dari Allah, kerana pertolongan yang sebenar itu adalah datang dari Allah. Dengan keteguhan yang seperti itulah para Mukmin dapat memasuki syurga dan layak menjadi penghuninya setelah menempuh perjuangan dan ujian, kesabaran dan kegigihan, keikhlasan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, pembulatan perasaan terhadap Allah, pengabaian terhadap segala sesuatu dan sekelian yang lain dari Allah
-Petikan dari penulisan DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

0 comments:
Post a Comment