~* ar-ruhhul jadid fii jasadil ummah *~
Sains Al-Quran
Perkataan sains berasal daripada bahasa Latin, iaitu scientia yang bererti ilmu. Dalam bahasa Inggeris pula disebut science. Perkataan ini adalah sinonim dengan perkataan Arab iaitu ilm (ilmu), atau ma’rifat (mengetahui). Maka pengertian sains secara etimologi ialah mendapat sesuatu ilmu. Perkataan ilm diulang dalam al-Quran sebanyak 811 kali dalam pelbagai bentuk dan variasi penggunaannya (al-Baqi’ t.t). Contoh penggunaannya ialah Allah mengajar Nabi Adam semua nama benda di dunia (al-Baqarah 2:31), al-Quran ialah kitab Allah yang menjelaskan setiap sesuatu ilmu kepada manusia (Yusuf 12:111) dan al-Quran menerangkan hakikat kebenaran ilmu Allah kepada manusia (al-Syura 42:170). Oleh itu, pemikiran sains al-Quran adalah sebahagian daripada epistemologi yang secara spesifik mengkaji hakikat kebenaran ilmu (science) secara ilmiah berdasarkan kepada petunjuk al-Quran sendiri. Di samping itu, sains al-Quran juga memperkuatkan dan menjelaskan sesuatu fakta hujahnya merujuk kepada hadis nabi, ahli fikir Islam, saintis Islam dan bukan Islam. Sesuatu pendapat itu boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadis. Sebaliknya, sesuatu pendapat itu tidak akan diterima sekiranya bertentangan dengan al-Quran dan hadis (Yahaya bin Jusoh & Azhar bin Muhammad, 2004).

0 comments:
Post a Comment