Indahnya pertemuan Balqis dengan Sulaiman
Tunduknya Balqis pada kekuasaan Allah
Hadir dari rasa takjub dan kagum
Bahawa sesungguhnya kemewahan, kekayaan dan kekuasaan
Bukanlah milik manusia yang sekadar makhluQ ciptaan al-KhaliQ
Dialah Balqis isteri cantik yang bijak, kaya dan berkedudukan
Pendamping setia Rasul Allah Sulaiman
Tunduk dan patuh atas dasar iman dan taqwa
Tunduknya Balqis pada kekuasaan Allah
Hadir dari rasa takjub dan kagum
Bahawa sesungguhnya kemewahan, kekayaan dan kekuasaan
Bukanlah milik manusia yang sekadar makhluQ ciptaan al-KhaliQ
Dialah Balqis isteri cantik yang bijak, kaya dan berkedudukan
Pendamping setia Rasul Allah Sulaiman
Tunduk dan patuh atas dasar iman dan taqwa
Lantas menyedarkan aku,
Untuk menundukkan hati-hati manusia
Yang alpa dengan kemewahan dunia,
Yang leka dengan kekayaan dunia,
Yang taksub dengan kekuasaan dunia,
Agar beriman kepada tuhan yang Esa
Pemilik seluruh kemewahan, kekayaan dan kekuasaan
Adalah dengan kemewahan, kekayaan dan kekuasaan juga
Tetapi segalanya harus disulami dan didasari dengan keimanan yang teguh
Pada cinta terutama Allah ‘azza wa jalla
Sepertimana Sulaiman menundukkan Balqis
Indahnya tautan kasih Khadijah pada Muhammad habbibuLLAH
Atas landasan kejujuran, amanah, keperibadian yang luhur dan kemuliaan
Dari tadbir mimpinya lantas didambakan pertemuan
Dialah Khadijah, wanita bangsawan Arab yang cantik
Baik orangnya, kaya, dihajati oleh banyak raja-raja
Jua pembesar-pembesar Arab dan asing
Dialah isteri yang setia, wanita yang terbaik
Meletakkan kepercayaan dan beriman kepada Muhammad
pada saat orang lain mengingkarinya
Membenarkan di saat orang lain mendustakan kalamuLLAH
Mengorbankan harta benda demi jihad ar-Rasul menentang kemungkaran
Melahirkan zuriat yang ramai dan tidak pada isteri-isteri yang lain
Dialah wanita yang dimuliakan mendapat ucapan salam dari Allah jua Jibrail
Dialah Khadijah, pembela suami dengan harta dan dirinya
Demi menegakkan kalimah tauhid
Demi menegakkan syiar Islam
Kaulah penghibur saat duka dan derita
tika mana Muhammad ditentang dalam usaha menegakkan Islam
menangkis segala tohmah dari golongan bangsawan dan hartawan Quraisy
itulah Khadijah..
Dengan kelebihan kekayaan, kebangsawanan dan kedudukanmu
Kau pertahankan Muhammad kekasih ALLAH
Ya Allah, aku berjanji pada diriku,
andai Kau tidak hadirkan pada aku akan seorang lelaki
yang aku cukup yakini agamanya dan kepimpinannya..
Aku lebih rela tidak berkahwin hingga akhir hayatku
Biar pun dihadirkan lelaki yang tampan
Yang kaya lagi berkedudukan
Moga keimanan yang mantap terus bersarang dalam hati ini
Moga aku tidak lemah dan mudah berserah dengan segala cabaran dan ujian hidup
yang acapkali menguji keutuhan cintaku
Aku bukan mahu menolak sunnah rasulku
tapi kerana aku takut akulah penyebab kepada kepincangan ummah
Aku sedar diriku bukanlah wanita secantik Balqis dan Khadijah
bukan jua kaya, berharta, berkedudukan dan bangsawan seperti mereka
yang membentuk keimanan berlandaskan taQwa,
teman setia para Nabi ALLAH
diriku hanyalah wanita biasa yang hidup di akhir zaman
penuh dengan kejelekkan ilmu
Namun aku membesar dengan impian
agar Islam terus tertegak menjulang kebenaran
Kembali menjunjung al-Quran dan as-Sunnah
Jadi pedoman sepanjang zaman hingga tibanya
sahutan sangkakala
meranap seluruh cakerawala
Aku sedar diriku bukanlah wanita secantik Balqis dan Khadijah
bukan jua kaya, berharta, berkedudukan dan bangsawan seperti mereka
yang membentuk keimanan berlandaskan taQwa,
teman setia para Nabi ALLAH
diriku hanyalah wanita biasa yang hidup di akhir zaman
penuh dengan kejelekkan ilmu
Namun aku membesar dengan impian
agar Islam terus tertegak menjulang kebenaran
Kembali menjunjung al-Quran dan as-Sunnah
Jadi pedoman sepanjang zaman hingga tibanya
sahutan sangkakala
meranap seluruh cakerawala

0 comments:
Post a Comment