Sunday, November 25, 2007

Lakaran minda terarah ke satu titik bayangan. Gambarannya.. Alangkah indahnya jika ada deretan dan barisan generasi pemimpin ummah. Seorang segak berdiri sebagai seorang doktor, seorang segak berdiri sebagai seorang engineer, seorang segak berdiri sebagai seorang saintis, seorang segak berdiri sebagai seorang arkitek, seorang segak berdiri sebagai seorang akauntan, seorang segak berdiri sebagai seorang pensyarah, seorang segak berdiri sebagai seorang yang ahli dalam agamanya. Semuanya berpadu, berganding bahu untuk melestarikan satu wacana memimpin ummah atas landasan tauhid bersalut iman dan taQwa. Asasnya, mereka ini dikenalkan dengan keindahan kalamuLLAH lantas dihayati dan disebatikan dalam setiap laku dan tindakan. Merekalah generasi rabbani, generasi al-Quran yang bakal memacu ummah yang bakal menjulang keagungan Islam, bersama-sama menegakkan panji-panji Islam. Ah! Jauh tinggi angan-anganku..

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Ya tuhan, kenapa begitu sukar untuk menjadi hamba-Mu

* * * * * * * * * * * * * * * * *

dan keyakinanku juga, tak mustahil jika dalam satu jiwa insan bergabung semua pengetahuan (ilmu) tentang kedoktoran, kejuruteraan, sains, senibina, ekonomi, politik, sastera, falsafah, pemidato yang betah berucap dengan ilmunya dan dia juga seorang yang ahli dalam agamanya. Jawapanku cukup mudah kerana telah Allah nyatakan dengan jelas dan nyata dlm surah al-Baqarah ayat 269 yang membawa makna,

"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (kefahaman yang mendalam tentang al Qur'an dan as Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."

Siapa yang menafikan pandanganku maka dia menafikan kata-kata Allah. Adapun orang pernah berkata aku kuat angan-angan tapi aku yakin aku tidak meletak pada sesuatu yang sia-sia, aku berani katakan begitu kerana Allah katakan begitu. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini jika diizinkan Allah. Maka dek kerana itu, aku cuba mendidik diriku semenjak kecil agar menjadi seperti mana yang Allah firmankan. Kerana aku sedar, aku seorang hamba Allah yang lemah serta banyak kekurangan. Demi Allah, aku berani bersumpah! Maka letakkanlah aku dalam kelompok hamba-Mu yang benar.


* * * * * * * * * * * * * * * * *

Ya Allah, rahmati aku dengan al-Quran jadikan ia pimpinanku, cahaya petunjuk jalan kepada rahmat Allah dan ingatkanlah aku tentang apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tak aku tidak ketahui, lapangkan masaku membacanya siang dan malam, jadikan ia penolongku di kala susah dan senang.. Ameen ya Rabb..

2 comments:

Anonymous said...

nurul tidak berangan-angan..nurul berada di titik yang sedar..cuma itu adlah fitroh manusia yg berfikir..nurul berjaya sebagai seorang wanita..berfikir dan berfikroh seperti islami. Jarang ada wanita seperti nurul..boleh dikira..mungkin ratusan..bayangkanlah berapa juta muslimat..nurul tergolong dalam kelompok itu..atau berdoalah tergolong di dalamnya..bukannya memuji tapi itulah hakikat...kekalkanlah dalam sifat sebegitu..mengkaji,menafsir..tidak akan rugi berbuat begitu..

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

syukran jazilan. Doakanlah utk kebaikan, doakanlah sesuatu yang baik untuk agama Allah. Semoga Allah tolong