Friday, November 30, 2007

ULAMA' DAN UMARA' ~ Amaran RasuluLLAH SAW

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya, serta Abu Daud dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih dari Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, “sesiapa yang datang ke muka pintu pemerintah, maka dia akan ditimpa ujian. Tidaklah sesiapa yang menambah dekatnya dia kepada Sultan melainkan akan ditambahkan jarak jauhnya dia dari Allah SWT“.
.
Juga dikeluarkan oleh Ibn Majah daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “sesungguhnya Qurra’ (ahli al-Quran) yang paling dimurkai oleh Allah ialah mereka yang menziarahi pemerintah“
.

Seterusnya dikeluarkan oleh al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “apabila kamu melihat seorang alim banyak bercampur gaul dengan Sultan (pemerintah), maka ketahuilah bahawa si alim itu sebenarnya adalah seorang pencuri“
.
Juga dikeluarkan oleh al-Dailami daripada Umar al-Khattab, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesungguhnya Allah suka kepada pemerintah apabila mereka ini banyak bercampur gaul dengan Ulama tetapi Allah mengutuk Ulama’ apabila mereka itu bercampur gaul dengan pemerintah, kerana sesungguhnya apabila Ulama itu bercampur gaul dengan pemerintah, mereka menginginkan dunia. Manakala pemerintah apabila bercampur gaul dengan Ulama’, mereka menginginkan Akhirat“.
.
Ini adalah sebahagian daripada petikan pelbagai riwayat yang dikumpulkan oleh al-Suyuthi di dalam kitabnya itu tadi. Sebahagiannya juga dipetik oleh Sheikh Fadhl Hasan Abbas di dalam kitabnya al-Khumasiyyat al-Mukhtarah tatkala membahaskan surah Hud ini. Sheikh Fadhl Hasan Abbas buta mata, tetapi hatinya celik pada melontarkan nasihat yang begitu signifikan ini. Disusun dan ditulis semula oleh Ustaz Hasrizal.

0 comments: