Saat anakmu menjengah ke dunia,
pasti itu menggembirakan hatimu
Tangisan pertama anakmu itulah tangisan bahagia bagimu
Bukti ikatan cinta
.
Duhai ayah..
besarnya tanggungjawabmu
mendidik anak-anakmu
agar mengenal tuhan yang satu
apa itu rukun iman
apa itu rukun Islam
itulah keutamaan yang dipertanggungjawabkan kepadamu
.
ajarkanlah anak-anakmu
agar beriman pada Tuhan yang satu
Beriman kepada Rasul-rasul Allah
Beriman kepada kitab-kitab Allah
Beriman kepada perkara Ghaib
Beriman kepada Qada' dan qadar
serta beriman kepada hari kiamat
.
ajarkanlah anak-anakmu
bersaksikan bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah
dan bahawasanya nabi Muhammad itu pesuruh Allah
ajarkanlah anak-anakmu
tentang kewajipan solah
kerana itu hitungan utama
bila mana direnggutnya nyawa anak Adam dari jasad
ajarkanlah anak-anakmu
tentang erti berpuasa
agar itu bisa mendidik nafsu
ajarkanlah anak-anakmu
tentang apa itu zakat
moga apabila besarnya mereka nanti
mereka tahu bahawa harta dunia
bukanlah milikan mutlak seorang insan
ajarkanlah anak-anakmu
agar berusaha untuk mencari harta
moga dicukupkannya untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 ini
yakni haji ke baitullah
.
keutamaannya..
didiklah dirimu agar mengenal tuhanmu
rendahkanlah dirimu agar bisa sujud mengadap Ilahi
ingatlah dikau..
sehebat mana pun dirimu di dunia ini
tetap ada satu kuasa agung yang lebih hebat
yakni Allah yang Esa
.
sujudlah... sujudlah...
tawaddukmu kepada Allah
itulah yang akan menjadikan dirimu seorang lelaki yang hebat
bukan sekadar disanjung manusia
malah segala penduduk di langit
.
Ingin aku sajikan buatmu seorang ayah
Jika engkau mahu menjadi seorang pejuang
Demi menegakkan panji-panji Islam
agar terbebasnya maruah orang Islam
yang ditakluk oleh tangan-tangan kotor para kuffar
bersihkanlah dirimu dengan jirusan wuduk
hamparkanlah doa dalam sujudmu
pasrah mengadap Ilahi
biar gema ratapan suaramu mohon pengampunan
deras air mata yang mengalir kerana dosa
menggerakkan batuan jua berdoa dan memohon ampun untukmu
.
Ingatlah..
bantuan Allah akan sentiasa bersamamu
kemenangan Islam itu pasti akan berlaku
asalkan engkau menangkan dirimu
meleburkan tembok-tembok ego
merungkai rantai-rantai mazmumah yang melilit jiwamu
agar bebas daripada ajakan nafsu yang merosak imanmu
.
Duhai ayah
Janganlah esok engkau dipersoalkan oleh anak-anakmu
mengapa mereka tidak tahu bersolat
mengapa mereka liat berpuasa
mengapa mereka berat menunaikan zakat
.
Ingatlah duhai ayah..
kepimpinan itu melalui tauladan
andai engkau tidak mengimarahkan rumahtanggamu
dengan solat
juga gema alunan Quran
sayup-sayup zikir memuji nama Allah
kelak nanti anak-anakmu menuntut haknya
bila sampai masa
saat perhitungan neraca mizan
.
Ingatlah duhai ayah
perkahwinan itu bukan sekadar memuaskan nafsu
wanita yang engkau jadikan isteri itu
bukan sekadar tempat untuk engkau bersuka-suka
tapi..
jadikanlah perkahwinan itu
sebagai kemudahan
menuju denai-denai mardhotiyyah
membuka lembaran kesufian
bersama-sama mawaddah, sakinah wa rahmah
berpadu menuju redho Allah
kelak nanti bersama-sama
mengadap wajah tuhan yang satu
TIDAK MAHUKAH ENGKAU??

4 comments:
Alhamdulillah.salam kejauhan. bagus artikel ini..sebagus orangnya..ada ralat dalam ayat..mawardah--sepatutnya "mawaddah".mardatiyah-sepatutnya "mardhotiyyah".harap maklum.
terima kasih.. tak perasan kesalahan ejaan.. insyaALlah doakan yang baik segalanya
takpe..takpe..selalu doakan..ameen..
semoga Allah juga memberkati kamu
Post a Comment