Monday, December 24, 2007

HADIS Nabi SAW yang masyhur dan diriwayatkan Umar al-Khattab bermaksud: "Sesungguhnya sesuatu amal itu (bermula) dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa diniatkan itu."
* * * * * * * * * * * *
Firman Allah bermaksud: "Berdoalah kamu kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan permintaan kamu."
* * * * * * * * * * * *

Makin tinggi cita-cita ingin dikejar, makin sukar perjalanannya. Adakala kita merasakan bahawa niat kita betul, namun pasti akan tertanya-tanya jua, mengapa sukar untuk digapai segala apa yang dihajatkan itu, apakah niat itu belum cukup-cukup baik maka dek kerana itu tidak tertunai?
Meletakkan diri pada suatu tempat yang menjadikan diri kita hina terlalu amatlah mudah, sebaliknya untuk mempertahankan maruah diri serta tetap unggul sebagai seorang yang bermaruah tentu saja sukar.
~* CHERISH GLORY *~

0 comments: