IMAM al-Syafie meninggalkan wasiat berguna dalam menasihati seseorang. Hal ini supaya nasihat itu didengari dan pada masa sama tidak menyinggung perasaan orang yang dinasihati.
Katanya, “Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi, maka sesungguhnya dia menasihati dan memperelokkannya”.
Beliau berkata, “Sebaliknya, sesiapa yang menasihati secara terang, maka dia menyakiti dan mengkhianatinya”.
Imam al-Syarie turut meninggalkan banyak wasiat atau pedoman mengenai kemuliaan sesuatu ilmu itu.
Katanya: “Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. “Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu sedia ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.”
Katanya, “Orang jahil sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar”.
Iman al-Syafie berkata lagi: “Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.”
“Perdalamkan segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.”
“Keelokan orang yang berilmu adalah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut.”
Iman al-Syafie berkata: “Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki.”
“Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan dalam mencapainya.”
Katanya, “Orang berakal adalah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan”.

0 comments:
Post a Comment