Wednesday, December 12, 2007

Jadi Soleh

BismiLLAHirrahmanirrahim....


Menyorot satu tulisan kiriman rakan sekampus.. Setelah diedit sedikit isi kandungannya, saya kepilkan di sini. Mungkin boleh dijadikan renungan bersama, insyaAllah.


* * * * * * * *

”JADI SOLEH, BUKAN CARI SOLEHAH.”

Susah betul nak carik calon isteri yang solehah. Gitula lebih kurang keluhan lelaki–lelaki bujang lagi keseorangan..huhuu... Agaknya, susah macam carik gagak putih (albino??) di tengah gerombolan gagak hitam. Memang dah jadi hukum dunia, sesuatu yang berharga itu mesti susah nak dapat. Sebab tulah, ramai bachelor yang tak kahwin-kahwin lagi. Mereka berpegang pada prinsip, biar usia terlebih, asal jangan tersalah pilih. Tambah pulak banyak betul kriteria solehah yang selalu menjadi penanda aras. Secara ’simple’nya, ciri-ciri solehah yang selalu masuk list ialah wanita itu mesti rajin solat, taat ibu bapa, berakhlak, lemah lembut, bersopan santun, berbudi bahasa, tutup aurat, pandai mengaji, rajin berpuasa sunat dan banyak lagi yang baik2. Takde negatif langsung! Tu secara general je..kalau yg ekstrem lagi, list yang satu page jadi tebal macam tesis phD doktor falsafah! Nak wanita yang tak kekok kat dapur (orderla menu ape pun, gerenti beres!), pandai jahit kain baju hatta langsir ngan alas meja semua, pandai serba serbi, tanyalah apa-apa pun baik ilmu rumah tangga, ilmu sains biologi, fizik, kimia, falsafah, psikologi, ekonomi, komputer, matematik, ilmu tauhid, fekah, tassawuf bla..bla.. semua tau macam kamus bergerak gitu, ade sifat keibuan, berjiwa lembut, penyayang dengan kanak-kanak, bila bercakap macam nak meleleh air liur mendengar, aduhai lembutnya cakap, dah tu lepasan sekolah agama tak pun lepasan sekolah-sekolah elit dan gah di tanah air, tak cukup dengan itu ada bachelor degree, master degree and even phD dalam bidang tertentu, bekerjaya professional, mempunyai aset sendiri (rumah & kereta), pandai berdikari dan yang tak menyusahkan. Bertambah-tambah pula kalau semua ciri tadi dicampur pula dengan muka ala-ala model iklan dalam majalah FEMALE, Women Weekly ke atau paling-paling tidak pun muka ala-ala Datuk Siti Nurhaliza, Wardina Saffiyah atau Datin Norjuma! Aduh..bahagianyer! Kalau gitu gayanya, memang susahla nak cari yang solehah kerana dah tak ramai anak-anak dara yang ader sifat-sifat macam tu. Adapun SATU DALAM BERJUTA! Itu baru dari sudut lahiriah. Yang lebih sukar ialah menilai batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hati. Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. Pakai tudung tutup terlingkup pun tak semestinya tak mengumpat mengata orang, angkat diri bagus bukan kepalang. Kulit baik, belum tentu isinya baik, setuju kawan-kawan bujang semua? So, cemane ni?

MUDAH SEBENARNYA!!!
Tapi walau sesusah mana pun still ramai yang mengidamkan isteri yang solehah. Jadi, tentulah ramai yang nak tahu apakah tips atau panduan mencari isteri yang solehah. Caranya cukup mudah. Tak payah susah-susah nak ukur,tilik, nilai, kaji itu dan ini. Tak payah teropong iman dan x-ray taqwa dalam dada orang lain. Memang tak nampak! Caranya ialah: jadikan diri kita dahulu calon suami yang soleh! Kenal pasti dulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian bina ciri itu dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman.. muhasabah iman dan taqwa kita sendiri. Bisikkan ke hati apakah aku telah soleh atau sedang berusaha menjadi soleh? Biasanya kite boleh realize benda ni. Padankan sifat-sifat orang yang soleh ngan diri sendiri. Dah ada ke belum? Jawab dengan jujur. Hai..susah kan? Memang susah. Tapi tu jauh lebih mudah daripada nak ukur, tilik, nilai dan kaji iman di hati orang lain.

KAEDAH TEPAT
Nilah kaedah yang paling tepat untuk mendapat isteri solehah. Maybe agak lambat tapi paling tepat. Baiklah, itu soal tadbir, soal ikhtiar kita sendiri. Soal takdirnya pulak kaedah ini lebih baik kerana Allah swt sendiri menjamin kejayaannya. Walau mencari jodoh adalah usaha ikhtiar manusia tetapi Allah jugak telah menentukan lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah dan begitulah sebaliknya. Sebab itu, jadilah lelaki soleh, nanti Allah akan temukan kita dengan wanita yang solehah. InsyaAllah….Apa yang nak ditegaskan kat sini, usahakan sebaik tadbir, kemudian tunggulah sebaik takdir. Allah berfirman:
‘perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik.’(an-nur:26)

nape, xcayer? Jangan…ni janji Allah tau!

SEDAR DIRI
Kita harus malu pada Allah (dan diri sendiri jugak), jika kita inginkan jodoh yang baik tapi kita tak baik. Kekadang lucu juga bile sorang lelaki yang hidup tunggang terbalik dalam maksiat, berjudi, playboy terhangat di pasaran dan sebagainya tapi bila nak kahwin mintak emak carikan wanita kampung yang baik-baik. Ada yang kata, wanita jahat mana boleh buat isteri, buat bini bolehlah.. mereka juga tidak sedar, mereka juga sebenarnya tidak layak dijadikan suami, hanya boleh dijadikan laki! Buat sapu alas kaki.. Sebab ada duit. Pompuan dekat pun cuma nak ambil kesempatan kikis duit je. Okeylah..contoh kat atas tu ’laser’ sangat. Bagi contoh mudah-mudah je.. paling senang, tengok solat kite. Sure semua solat kan? Tapi adakah kite dah standby atas sejadah before or masa azan tu (atleast bile dengar azan terus jalan) or baru terhegeh2 nak carik sejadah bile dah masuk injury time? Kalau ambik kepala tu..alhamdulillahlah.. tapi yang ambik ekor tu, sape nak jawab? Belum lagi tanya bab solat berjemaah (especially time Subuh)…ha, tu pun still pasang angan-angan nak yang solehah..so, bawak2la sedar diri sikit.. kalau rase2 kite pun tak sampai tahap soleh lagi, tak payahla nak kait mimpi-mimpi indah untuk hidup bahagia ngan calon solehah idaman tu…

JANGAN DISUKARKAN!
Satu hal lagi, ingin distress kan bahawa mencari calon yang soleh atau solehah ni janganlah terlalu dipersukarkan. Jangan terlalu ideal kerana piawaian solehah tidak ada titik tamatnya. Jangan terlalu ideal sehingga tidak praktikal. Ini kerana pembinaan sifat solehah itu merupakan ’on going process’ sifatnya. Maksudnya, dibina berdikit-dikit dan berterusan. Mungkin sebelum kahwin tahap solehahnya rendah dan tak sampai standard ISO lagi tapi dengan pimpinan kita sebagai suami nanti, tahap solehahnya akan meningkat. Even peningkatannyer malar je (tak speed 180km/j), janji istiqamah. Lame2 insyaAllah wife kite akan dapat first class honour dalam Universiti Rumahtangga! Maybe mase sebelum kahwin isteri suke solat sendiri-sendiri. Pas kahwin ajakla berjemaah sekali (kalau suami rajin berjemaah kat masjid mase bachelor dulula..). Kalau dua2 xpernah jemaah kenalah start slow2.. Sebab tu suami kena soleh dulu. Nanti senang nak guide isteri dan rumahtangga. Patutnya, seseorang lelaki mesti lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Oleh itu, jangan ambik mudah soal kesolehan diri sendiri. Letakkanlah satu piawaian yang lebih tinggi buat diri sendiri berbanding ’bakal’ pasangan kita.

PESAN BUAT LELAKI
Lelaki yang bakal menjadi pemimpin isteri dalam rumahtangga nanti sebaiknya permudahkanlah dan rendahkanlah sedikit penilaian terhadap calon isteri kita dengan perkiraan setelah dia menjadi isteri kita nanti, insyaAllah kita akan terus mendidiknya. Sayangnya, mostly kita terbalik...ukur diri sendiri ngan piawaian soleh tahap rendah tapi ukur calon pasangannya dengan piawaian solehah yang tinggi. Ni dah silap. Jadi, apa tunggu lagi! Kita tamatkan penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh pada diri sendiri. Ubahlah diri, nescaya orang lain akan berubah hasil perubahan kita. Ada ungkapan menyebut, ‘jadilah kawan.. bukan carilah kawan…’ ertinya, kita mesti jadikan diri kita kawan terlebih dahulu dengan mempunyai sifat-sifat yang baik, secara automatik akan menarik orang lain untuk berkawan dengan kita. Dengan itu kita tidak perlu mencari kawan tetapi kawan-kawan akan datang dengan sendirinya. So, sifir sama boleh digunakan dalam carik yang solehah ni...jika kita soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Jadilah soleh, bukannya carilah solehah! Namun ade jugak yang dah rase dia cukup soleh sebab tulah pasangannyer kene solehah dan serba perfect. Tu dah macam riakla pulak! Siapalah kite untuk judge iman dan taqwa ni. Tu semua Allah je yang berhak nilai.. yang penting kite berusaha untuk jadi soleh. Tapi.. tak mustahil juga jika dapat jadi couple macam tu.. Serba perfect kedua-duanya. Cuma yang macam ni, payah la nak jumpa. Apa-apa pun janganlah mencari kesempurnaan tapi carilah kesederhanaan. Pastu binalah kesempurnaan tu together wif ur partner nanti (ur wife ler)… barulah terase manisnyer alam rumahtangga…rugi tak kawin awal! hehe... sesiape jua pun yang menjadi pasangan kite, itulah yang terbaik untuk kite sebenarnyer.. selepas tu, terpulang kepada kite dan pasangan untuk membentuk acuan rumahtangga yang diredhai Allah atau pun yang dimurkai Allah… Ingat la wahai lelaki sekalian, anda adalah pemimpin ke atas wanita, kalau diri sendiri tak terpimpin, macam mana yang di bawah kepimpinan anda nak taat dengan anda.. So, janganlah juga mengharapkan ketaatan jika tak pandai nak membentuk kepimpinan dalam diri. Lagi satu nak menambah, wanita ni jiwanya lembut, kalau lah lelaki ni perangai kasar, panas baran dan kuat melenting, mana ada wanita yang lemah lembut nak jatuh hati. Mungkin ada, tapi lama mana bertahan? Sebabnya, wanita takut lagi adalah. Dah tu, kalau nak wanita yang pembersih, pengemas, tengok dulu diri anda tu, pembersih ke? Pengemas ke? Haih, pompuan kalau pembersih dan pengemas ni, dia tak pandang lelaki yang selekeh, serabai, dan penampilan diri tak terurus. Eh, ye ke? Mungkin ye kot...

Setakat tu ajelah…

0 comments: