Wednesday, May 28, 2008

Apabila seorang pelajar keluar dari universiti

Hutang-hutang yang berbaki...
Hutang PTPTN = RM 24,000.00 - 15 tahun (pinjaman utk 3 tahun pengajian)
Hutang kereta = RM 60,000.00 - 9 tahun (kereta yang setara dgn myVi)
kalau beli rumah, tambah lagi
RM 360,000.00 - 30 tahun (rumah teres 2 tingkat di kaw. sederhana tinggi)
(semua ni dah termasuk interest)
Banyak betul ye hutang-hutang ni...
Jika 5 tahun selepas bergraduasi mungkin dapat melunaskan 10% daripada hutang-hutang di atas adalah cukup bagus..
Lagi bagus jika selepas 10 tahun bergraduasi, langsai semua hutang-hutang tu, malah turut sama dapat membantu orang lain..
Duit oh duit...
Padahal, jika bijak
- RM 24,000.00 utk PTPTN
- RM 200,000.00 untuk sebuah rumah
Paling-paling tidak pun nak lagi jimat,
  • bata buat sendiri,
  • simen buat sendiri,
  • tanah boleh ke cari sendiri?

Macam zaman moyang kita dulu-dulu. Semua buat sendiri, guna tulang empat kerat juga kudrat sendiri nak buat rumah..

Ini belum lagi masuk tanggungan apabila sudah berkahwin dan juga memiliki anak. Yuran sekolah serta pembelajaran dsb... sebab tu ramai lelaki yang takut nak berkahwin....

p/s : tidak semua nilai-nilai di atas menyerupai apa yang dimiliki oleh penulis

0 comments: