Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. * * * * * * * *
Ayat ini saya jadikan amalan selepas setiap kali solat dari saya di sekolah rendah, sehinggalah ke hari ini saya masih membacanya. Masa tu, arwah mertua Dato' Harun Hj Din masih hidup lagi, beliau pesan, suruh amalkan membaca ayat ini setiap kali solat. Di penghujung hayatnya, beliau banyak juga beri doa-doa untuk dijadikan amalan. Katanya, di dalam al-Quran banyak sekali doa-doa yang baik untuk dijadikan amalan. Bila saya dah besar macam ni, baru saya dapati (jiwa cenderung untuk merasai) bahawa dalam al-quran, bukan sekadar dikisahkan tentang sains angkasa, sains genetik dan pewarisan, tentang air dan sebagainya yang mencenderungkan minat saya untuk menjadi pelajar sains ketika di sekolah dulu, malah jauh dari itu ia memberi pengharapan yang terbaik (agar tidak mudah kecewa, kalah dan lemah) untuk melangkah ke masa hadapan.
++++++++++++
Hendak dijadikan cerita, saya bukanlah seorang pelajar yang gemar ke kelas walaupun suka ke sekolah dan suka bergelar sebagai seorang pelajar. Sedari saya sekolah rendah, saya memang suka ponteng kelas, sehinggalah ke universiti pun saya masih amalkan budaya ponteng kelas. Cuma saya tidak akan ponteng ke kelas yang mana matapelajarannya saya cukup gemari. Tapi, cikgu tak pernah marah.. Rasanya saya juga tak pernah serius dalam belajar, tetapi entah macam mana saya boleh belajar sampai ke tahap ini. Saya suka kata pada diri saya, tak masuk sekolah pun sebenarnya boleh jadi orang yang berilmu juga, malah mungkin lebih pandai. Wallahu'alam. Tapi teori ni tak benar untuk semua keadaan dan untuk semua orang..
Apa hujahnya untuk saya katakan bahawa tidak ke sekolah juga boleh menjadi seorang yang berilmu. Di sini saya melihat kebaikan sistem belajar satu cikgu, satu murid, atau 5 cikgu (contoh untuk ramai), satu murid. Tidak kurang juga 'TARBIAH' yang bermula dari rumah. Saya ada satu contoh, dahulu ada satu keluarga di Taman Tun Dr. Ismail yang mana ibu bapanya membuat keputusan untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah rendah seperti kanak-kanak lain. Sehinggalah anak yang sulungnya berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, barulah anak ini dimasukkan ke sekolah rendah dan menikmati persekolah seperti biasa. Ketika itu umurnya 11 tahun. Kadang-kadang, terperasaaan juga saya yang kanak-kanak ini selalu berada pada satu sudut masjid bersama-sama seorang lelaki yang agak berusia apabila berkunjung ke situ. Menariknya, anak ini dilatih semenjak berusia 4 tahun lagi untuk bangun seawal pagi mengikuti datuknya untuk solat berjemaah di masjid. Corak didikan anak ini, benar-benar menarik perhatian saya walaupun tidak pernah saya kenali secara dekat.
__________________________________________
ada masa saya akan tuliskan lagi antara doa yang menjadi amalan

0 comments:
Post a Comment