Friday, May 9, 2008

Islam pada Nama

BilmiLLAH....
Kita hairan kenapa orang yang asyik sibuk berkata ingin memperjuangkan Islam tetapi kemenangan tidak berpihak kepada mereka?
Saya punyai pandangan dan pendapat sendiri.
Memang banyak istilah yang kita jumpai memperkatakan, kami berjuang kerana Allah, kami berkawan kerana Allah, ini klinik Islam, ini sekolah Islam, ini universiti Islam, ini parti Islam dsb..
Persoalannya, adakah penting ditonjolkan perkataan Islam itu? Saya tidak merasakan perlu. Islam tidak perlu ditonjolkan dengan cara begitu. Lebih indah jika Islam itu ditonjolkan melalui akhlak yang diterjemahkan melalui kata-kata, perlakuan, aktiviti kerja seharian atau cara pemakanan. Kadang-kadang agak kelakar bila ada orang kata, ini makanan Islam, ini cara pemakanan Islam, tapi susuk tubuh gempal. Bukan tujuan saya memperlekehkan orang gemuk, tetapi sebagai seorang yang sihat serta menjaga pemakanan, tentu saja susuk tubuhnya elok. Rasulullah juga punyai sunnah tersendiri dalam pemakanan. Maka tidak mustahil Rasulullah mempunyai susuk tubuh yang baik, bersih dan kemas penampilan dirinya. Ini barulah Islam yang sebenar. Islam yang diterjemahkan memalui jalan dan cara yang betul. Islam yang sebati dalam jiwa insan, ia tidak perlu dicanang-canangkan sehingga menyambah kebencian dan membuatkan Islam itu tercemar kesuciannya. Sebagai contoh, orang yang sibuk-sibuk bising apabila dipanggi bos beragama Buddha supaya buat kerja, dia memberi alasan, saya nak solat. Padahal, bila ada masa senggang, tidak digunakannya untuk buat kerja, sebaliknya dihabiskan dengan hal-hal yang tidak elok. Maka dengan itu, sudah menampakkan pencemaran terhadap agama Islam itu sendiri. Apakah Islam itu hanya dengan solat? Bukan berserta dengan kewangan, pengurusan, kebudayaan dan sebagainya?
Pada saya, kalimah Islam itu hanya layak disebut oleh mereka yang benar-benar bersih daripada pencemaran hati... wallahu'alam

0 comments: