BismiLLAH...
Alhamdulillah.. mengenang nasib yang menimpa pelajar genius, Sufiah Yusoff benar-benar membuatkan saya rasa bersyukur. Mungkin 12 tahun dahulu saya amat cemburu dengannya kerana dia berpeluang memasuki universiti dalam usia yang muda, sedang saya baru saja melangkah ke alam sekolah menengah. Namun, dalam tempoh 10 tahun. Titik persamaan wujud, yakni apabila mencecah usia 22 tahun masing-masing memulakan pengajian pada peringkat master. Mungkin saya tidak segenius dia. Namun pada saya, biar pun dalam usia 22 tahun sudah bergelar pelajar peringkat sarjana, hal ini bukanlah kebanggaan kerana sampai ke hari ini saya masih belum mampu menamatkan pengajian saya. Sementelah seronok dengan pekerjaan, sehingga lewat malam masih lagi di pejabat. Segalanya kerana kurangnya kekuatan dalaman (iman). Maka mempercepatkan proses pengajian dalam masa bekerja di firma yang tiada pernah putus rezekinya mendapat projek-projek pembinaan biarpun kemelut politik tidak menentu dan ekonomi agak perlahan juga menjadi lambat.
Masuk tahun ini, sudah 3 tempat saya bekerja. Harapnya saya akan terus kuat untuk tetap bekerja di sini sehinggalah saya berjaya menjadi seorang yang berpengetahuan dalam bidang saya. Segalanya untuk bekalan hari muka. Benar, harta jika dikejar tiada gunanya. Namun tidak juga ada manisnya jika sudah besar dan dewasa begini masih mahu mengharap simpati orang untuk bina kehidupan. Hendak menunggu berjodoh pun, semua itu kuasa tuhan. Selagi mana ada jasad masih bernyawa maka hidup perlu diteruskan, rezeki perlu dicari...
Alhamdulillah... pastinya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita!

0 comments:
Post a Comment