Tuesday, June 17, 2008

Pendidikan di Malaysia

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


______________________________________
Sejauh mana pencapaian falsafah pendidikan negara kita setakat hari ini?
Adakah negara kita berupaya melahirkan modal insan yang seimpang dari IQ, EQ dan SQnya..?

+ + + + + + + + + + + + +

PENCALONAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU (1)Syarat Pemilihan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar Sekolah Kebangsaan sahaja.
  3. Berminat memasuki sekolah Berasrama Penuh.
  4. Aktif dalam kokurikulum.
  5. Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti gred A).
  6. Dicalonkan oleh Jawatankuasa Pencalonan Sekolah.
  7. Disahkan oleh Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan.

PENCALONAN PELAJAR KE TINGKATAN EMPAT (4)

Syarat Pemilihan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar Sekolah Bantuan Penuh atau Bantuan Kerajaan.
  3. Aktif dalam Kokurikulum.
  4. Kelayakan akademik seperti berikut:
  5. Sekurang-kurangnya gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa
  6. Asing / Bahasa Antarabangsa.
  7. Mendapat gred B dalam mata pelajaran yang lain
  8. Untuk ke Tingkatan 4 Aliran Agama / Sains Agama, pemohon hendaklah memperolehi gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi

0 comments: