Monday, June 23, 2008

Tamadun Manusia

Di bawah ini adalah kriteria utama tamadun awal manusia.. (mengikut buku sejarah SPM)
  1. Pembentukan Bandar
  2. Pembentukan Kerajaan
  3. Wujudnya Organisasi Sosial
  4. Perkembangan Teknologi
  5. Pengkhususan Kerja
  6. Wujudnya Kepercayaan
  7. Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Sedikit sebanyak, antara senarai di atas, apabila pengaruh ke atas salah satunya berkurang, maka sedikit demi sedikit akan berkuranglah ciri-ciri tamadun manusia itu. Ini baru senarai ringkas (Tamadun Awal). Ciri-ciri tamadun moden seperti hari ini pula bagaimana.. ?
Pada saya, paling asas untuk membicarakan tentang tamadun manusia adalah dengan mengemukakan konsep manusia sebagai khalifatuLLAH dan menghuraikan pengertian bagi perkataan al-Insan @ al-Ins (Alif, Nun dan Sin) serta perkaitannya dengan Rab. Apabila manusia (al-Insan) ini mengenali hakikat keinsanan yang dalam erti kata yang sebenar, maka akan tercapailah kesempurnaan akal bagi manusia (insan) tersebut.
Apabila kita membaca buku-buku sejarah yang membincangkan tentang tamadun awal manusia, saya yakin penulisnya tidak begitu memahami sejarah manusia. Saya dapati mereka banyak mengkaji kehidupan manusia yang primitif, manusia yang hidup tanpa pegangan dan agama. Hakikatnya, manusia itu sudah pun mempunyai ketinggian akal fikiran pada awal kelahirannya, terlebih dahulu beragama dan punyai kepercayaan tentang ketuhanan, pengetahuan tentang perbendaharaan dan bahasa, tentang makhluk ghaib, kehidupan sebelum dan selepas mati (kepercayaan). Sebagai mana Adam a.s diutuskan ke duania untuk mengembang biak generasi manusia. Jika tidak masakan Allah mengutuskan para nabi dan rasul untuk membimbing manusia. Syariat Allah itu lengkap, meliputi semua tatacara yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Syariatnya mungkin berbeza mengikut keupayaan dan kualiti manusia semasa (yakni pada zaman itu). Kualiti umat Nabi Muhammad sudah pasti tidak sama dengan kualiti umat Nabi Musa atau Nabi Isa. Sebagai contohnya kita juga sedia tahu bahwa, umat yang terbaik, ialah umat Muhammad.
Maka di sini, apakah kriteria yang terbaik untuk mendefinisikan tamadun awal manusia? Hendak dikatakan wujudnya bahasa dan tulisan. Bahasa manusia memang sudah wujud semenjak terciptanya Adam a.s yakni bahasa Arab. Tulisan pula, lupa saya pada waktu nabi mana wujudnya sistem tulisan ni, tak salah saya, ada dihuraikan dalam kitab tafsir. wallahu'alam jika saya salah.
Sebenarnya, jika kita mengkaji sejarah tamadun manusia pun, semuanya akan menjuruskan kepada maghrifatuLLAH. Tak percaya, KAJILAH.................... Usahkan mengkaji DNA, RNA atau genetik manusia saja. Kajilah apa sekali pun ilmu, semuanya mempunyai petunjuk kepada agungan ALLAH.

2 comments:

Anonymous said...

maybe u should read ibnu rusyd's books..

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

terima kasih.. :d