PADA MEREKA YANG BERSYUKUR.. INILAH NIKMAT KEMANISAN IMAN PEMBERIAN TUHAN...
* * * * * * *
Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian,
.
Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"
.
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
.
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
.
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
.
Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi, "Berapausiamu sekarang?"
.
Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"
.
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.
.
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
.
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmubahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.
.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.
.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkantubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.
.
"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi kesana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.
.
Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu dengan perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.
.
____________________________
Babak yang cukup menarik adalah ketika Imam Hassan al-Basri ingin melamarnya, Rabi'ah menolak dengan kata-katanya: “Perkahwinan itu memang perlu sekali bagi siapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah untuk Tuhanku, dan di bawah perintah Tuhanku. Aku tiada mempunyai harga apa pun pada diriku.”

2 comments:
Rabiatul 'Adawiyyah pernah bernikah sekali. Seorang sufiah yang terbilang namanya dalam dunia sufi dan seorang yang zuhud. Kerana dia telah merasai alam rumahtangga,maka di tolak lamaran orang lain,walaupun insan itu seorang abid dan alim. Contoh terbaik untuk wanita hari ini. Bila di intai kembali kisah lalu,bila seseorang lelaki nak bernikah,duduk di bandar dan call emak di kampung minta carikan jodoh,khususnya permintaan mestilah yang baik-baik.Ustazah paling kurang.Tapi diri sendiri kotor. Begitu juga seorang perempuan,kerja di bandar,call ayah di kampung,minta carikan jodoh,paling koman ustaz,alhafiz dsb,pun diri sendiri kotor. 2x5 @ 5x2. 2-2 tak sedar diri. Semua nak yang baik.entahlah..
yang macam tu memang tak sedar diri. tak pernah muhasabah diri agaknya. saya senang je nak kata, kalau diri dah kotor tak perlulah nak bermimpi untuk dpt yang baik. sebab yg baik tu memang 'tak takde selera' dengan yang dah kotor.
memang tidak dinafikan ada yg kotor, letak sandaran nak pasangan yg baik semoga boleh didik dan bimbing dia jd baik. Senang-senang buat dosa jgn harap nak dapat yang baik. banyak sangatlah cantik muka dia.. apa dia tak tahu ke orang yg baik-baik tu macam mana punya susah nak pertahankan iman dia..??
janji Allah, bahawa yg baik tetap dengan yang baik.
Kalau rasa nak dapat pasangan yang baik atau yg berkredibiliti tinggi, berusahalah jd yang terbaik, sekufu dan selayaknya dengan psangan yg kita dambakan tu..
Post a Comment