Menyorot penulisan saya sebelum ini tentang isu pemakaian ketika bersukan, di atas ini saya lampirkan satu ceramah berhubung dengan isu pemakaian dan etika pemakaian.
Menarik dengan isi kandungan ceramah tersebut memandangkan saya juga pernah juga berkesempatan bekerja di sebuah public listed company. Saya kira etika pemakaian di kebanyakan syarikat public listed mensyaratkan antaranya; mestilah memakai kasut bertutup, berkain bagi wanita, tidak menjolok mata, baju berlengan, kemas dan teratur. Saya selalu membayangkan, alangkah anggunnya jika seorang wanita yang berjawatan besar di mana-mana public listed company mengenakan jubah. Mengikut kebiasaannya, seorang yang berjawatan Chief Executive Officer tidak perlu selalu turun ke tapak-tapak projek binaan (jika syarikat ini menjalankan urusniaga hartanah atau dalam sektor pembinaan). Mereka biasanya menjalankan kerja-kerja official seperti meeting, discussion atau membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Kerja mereka berat kepada berfikir dan menyelesaikan masalah. Jadi tidak ada masalah jika pengenakan pakai seperti jubah, dress labuh atau baju kurung. Pakaian seperti ini sebenarnya bukanlah pakaian yang jumud, tetapi lebih menampakkan ciri-ciri kewanitaan serta keanggunan seseorang wanita. Saya kira ramai wanita ingin nampak cantik dan menarik. Pada saya, keanggunan seorang wanita bukan pada pakaian yang seksi tetapi pada kebijaksanaannya serta bawaan dirinya.
Bila menyentuh soal pemakaian wanita, tentu ada yang mengatakan, "Kenapa tidak memakai furdah?"
Saya tidak berani menyentuh soal ini secara mendalam. Cuma saya masih ada beberapa persoalan. Apakah etika pemakaian yang terbaik untuk seorang wanita yang bersukan, berenang atau sebagai seorang astronaut @ cosmonaut?

0 comments:
Post a Comment