Saturday, December 8, 2007

Mencari dan tercari-cari.. Cuma di mana??

BismiLLAH..
Sehebat rasa, seindah segalanya..
Saban waktu saya berfikir dan terus berfikir. Semahunya dilepaskan segala yang ada. Hendak bersama rakan-rakan bukannya tiada berkawan. Kawan ramai, namun ramainya sekadar untuk berhibur, untuk bergelak tawa, untuk bersuka-suka. Hendak berbual bukannya tak ada kawan. Kawan ramai, namun berapa orang yang mahu mendengar dan bercerita tentang isu-isu semasa, tentang keilmuan, tentang sesuatu yang benar-benar menjana minda agar terus berfikir-berfikir dan menambah ilmu pengetahuan. Ada orang kata saya tak banyak bercakap. Memang saya akui ya kerana saya suka bercakap hal-hal yang mendatangkan faedah saja. Jika tidak ada apa-apa yang penting atau tak perlu, saya akan diam saja. Jika saya tak banyak cakap, masakan saya boleh hadiri sesi temuduga sampai pernah mencecah 2 jam. Itu pun kerana hari sudah hampir malam. Jika saya tidak banyak bercakap, masakan saya boleh habiskan masa hampir 2 jam bila sekali sekala bertukar fikiran dan bercakap tentang hal ehwal semasa dengan ketua di tempat saya bekerja. Malah saya boleh bercakap berjam-jam lamanya tanpa henti. Cuma banyak masa saya akan diam saja bila merasakan tidak perlu atau pun bila saya tak bersetuju dengan sesuatu hal. Diam tanda protes, mungkin?
Idea, alhamdulillah Allah kurniakan minda saya sarat dengan idea. Namun saya tidak punyai peluang yang luas untuk melontarkan idea saya kena pada tempatnya. Lantas solusinya, saya bertandang untuk menulis di sini dek kemaruk sangat untuk bercerita dan bercerita. Natijahnya memang tidak menyenangkan dan memuaskan hati. Seumpama dunia saya adalah sempit dan sekadar di sini (alam maya). Mungkin inilah takdir.
Begitu jua satu ketika dulu, dek kemaruk sangat hendak melontarkan segala idea dan ilmu yang bersarang dalam hati dan minda. Saya diperkenalkan dengan satu 'chatroom'. Namun selepas beberapa episod, saya seumpama menyumpah-nyumpah. Namun sesal pun tiada berguna lagi. Perkara yang lepas tak akan mungkin kembali semula. Saya tak tahu kenapa Allah aturkan perjalanan hidup saya untuk masuk ke dalam 'chatroom' itu lantas wujud desas desus yang tidak enak di pendengaran. Jika benar hal itu berlaku, tiada lain melainkan kedengkian yang nyata.
Saya sendiri masih tidak faham sehinggalah ke saat ini. Kenapa kebebasan belum lagi menjadi milik saya. Saya kira semenjak saya memulakan pekerjaan di sini, teramat sukar untuk saya temui kumpulan usrah yang benar-benar sesuai dengan jiwa saya. Bukan tak pernah usahakan, namun tak pernah dapat jawapan yang positif. Saya sendiri tak faham kenapa hal seumpama ini terjadi. Sedang saya sendiri memang tak suka. Sedang saya sendiri memang kemaruk untuk bebas bersuara.
Satu ketika dulu, di kawasan penempatan saya, memang ada 2 tempat yang mengadakan majlis-majlis ilmu. Dengan kuasa Allah, pengetahuan saya tentang kewujudannya tidak diketahui saya sehinggalah saya berpindah ke kawasan lain yang agak jauh. Setelah itu agak selalu juga saya ke sana. Wallahu'alam apakah sebabnya saya sendiri tak pasti kenapa Allah aturkan perjalanan hidup saya begitu. Saat saya tercari-cari sesuatu yang baik untuk pengisian hidup saya tidak menjumpainya. Bunyi agak pelik bagi kebanyakan orang yang selalu masanya diisikan oleh majlis ilmu. Sedang orang macam saya yang hidup masih tercari-cari arah. Lantas saya selidiki kenapa saya terlepas peluang itu. Dengan kuasa Allah juga, rupanya tempat itu kerap juga dihadiri oleh penceramah yang saya kenali. Aturan Allah, mungkin Allah mengaturkan supaya tidak ada pertemuan antara saya dengan penceramah tersebut.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya.
Hanya inilah ungkapan yang mampu saya katakan pada diri saya. Ketepikan soal itu, ada lagi satu hal yang memeningkan kotak fikiran saya. Perkahwinan.
Adakala saya fikir saya ini seorang yang bodoh kerana mendambakan perkahwinan sedang Allah belum izinkan hal ini terjadi. Setiap kali ada yang bertandang pasti persoalan utamanya, adakah si dia diyakini agama dan kepimpinannya. Jawapan yang saya temui, tidak menepati piawaian. Adakala saya fikir saya seolah-olah menzalimi diri saya kerana meletakkan standard terlalu tinggi untuk aspek agama dan kepimpinan kepada semua lelaki, lantas kesudahannya sampai sekarang tidak juga saya berkahwin. Jawapan memang mengecewakan. Soalan yang sering saya ajukan, jika dari aspek agama kamu ada cita-cita nak jadi macam Harun Din, Harunsani? Jika dari aspek kepimpinan, kamu ada cita-cita nak jadi perdana menteri Malaysia atau CEO kepada mana-mana syarikat yang gah di tanah air? Ideanya memang bunyi seumpama orang gila. Keutamaan pada semua itu bukanlah harta, tapi pada KUASA. Kuasa untuk mengembalikan Islam kepada yang benar. Saya sebenarnya semenjak kecil memang meletakkan kebencian dengan keadaan dunia yang saya diami kerana manusia jauh dari mengenal tuhan yang sebenar-benarnya. Namun luka itu sedikit terubah apabila suara tajdid kian kuat kedengaran di sana sini.
Menyebut soal tajdid, sebenarnya memang banyak perbincangan tentangnya, namun saya tidak pernah punyai peluang untuk mendengar dan menyertai sebarang seminar. Semenjak saya bergelar sebagai under graduate student sampailah kerja dan kembali bergelar post graduate student, acapkali urusan study dan kerjaya membataskan segalanya. Hujung minggu dan waktu malam mana ada orang menjalankan urusan tentang ini. Lantas, apa lagi solusinya, hanya membaca penulisan artikel, kertas seminar dan juga sesawang lelabah.
Semoga Allah beri kekuatan untuk saya hadapi segala yang bakal didatangkan kepada saya. Semoga langkah saya terus kuat mempertahankan iman.
..
.
.
Relax sebentar. Hari ini saya mahu beli barang rumah. Awal tahun mahu pindah.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaykum,sbenarnya berat hati sy nak luahkan apa yang terbuku di hati saya. tapi tak mengapa..tak usahlah ambil berat apa yang nak saya kata dan yang sudah dikata.
Sebelum itu saya mahu meminta keampunan kepada tuan punya diri jika seandainya apa yang terluah pada artikel saya ini,sedikit sebanyak akan melukakan hati awak mahupun tersentuh,siapalah saya sebagai manusia....
Nurul yang saya kenali dalam alam maya ini (tak pernah jumpa lagi) , ialah seorang yang saya rasakan gadis yang mempunyai wawasan,pendidikan agama yang saya rasa cukup. cukup untuk mengharungi liku-liku kehidupan di kota metropolitan. Terus terang saya ada niat yang baik untuk diri nurul,tapi itu saya terpaksa pendamkan demi menjaga keharmonian "rumahtangga" persahabatan alam maya.
Apapun saya sedikit pun tidak terasa hati..walau agak pedih kenyataan nurul yang saya rasa seolah-olah hendak memperkecilkan saya. Saya tidak akan sekali kali mengeluarkan ayat "tidak payah mengajar itik berenang" kerana saya bukan jenis orang yang macam itu. Saya juga nak memberitahu bahawa saya bukan jenis mempunyai "jiwa tidak tenang". Itu hanyalah andaian nurul belaka. terserah pada sesiapun yang mahu menghukum saya,kerna yang Maha menghukum hanyalah Allah..
Walaupun kita tidak "semesra " dahulu,saya masih dan amat menghargai persahabatan yang berusia 2 minggu ini. banyak pengalaman yang saya dapat dari nurul. Syukran jazilan.
Mungkin kenyataan saya di atas ini nampak skema,tapi inilah yang hadir dari jiwa saya sendiri. Mengenai kawan kawan yang nurul cari,saya pasti "taste" yang di cari semestinya islamik. Bila "dia" islamik,maka dia mencakupi semua sifat-sifat seperti ,gelak bersama,menangis bersama dan semuanya bersama. Saya pasti apa saja kenyataan saya ttg artikel yang nurul publish pada blog ini,pasti di jawab melainkan saya meng "artikelkan" dalam bahasa kitab tua,nurul takkan dapat menjawab kecuali nurul pernah belajar kitab tua.
Saya agak sedih mengenangkan nasib sahabat saya ini yang tercari-cari..terkejar-kejar..oleh kerana tekanan kerja yang mendesak,maka ilmu yang di idami tidak dapat di pelajari. Saya sering mendoakan atas kapasiti sahabat semoga nurul berjaya di dunia serta di akhirat. tapi itulah halangan di dunia bila kita mencari akhirat. saya juga pernah melalui halangan itu..lalu saya berhenti. saya mencari diri. dan "diri" saya itu saya berjaya temui di dalam jemaah islam yang saya sertai. Dulunya saya amat jahil..kesan dari noda,saya amat sukar untuk beribadat waima nak puasa pun jauh sekali.
Namanya pun Hidayah,saya berjaya. Lalui semua,saya nekad. kalau saya cari dunia,dunia satu hari nanti akan gelakkan saya. Jadi,saya prinsipkan dunia ini ibarat satu persinggahan. Hidup saya tidaklah sezuhud nabi,tapi sekadar cukup untuk keluarga walaupun banyak sangat peluang nak dapat puluh ribu RM sebulan. Makan sekadarnya..kenderaan,janji dapat pergi masjid sudah alhamdulillah. tapi yang paling penting bagi saya sekarang adalah anak!! saya amat memerlukan anak-anak yang boleh menjamin umminya masuk syurga tanpa hisab. Juga untuk bekalan saya di alam kubur. kerana saya tahu saya lelaki,maka tanggungjawab saya amat besar. Tidak setakat isteri,anak2 tapi juga abi dan ummi saya. saya redho lahir sebagai abg yang sulung dalam 8 adik beradik. Cukup redho, sampaikan 4 malam lepas saya merasakan diri saya hampir MAUT kerana serangan jantung. saya tawakkal ketika sujud. Bukan saya gilakan status mati di tempat sembahyang,kerana itu belum boleh menjamin saya bebas dari segala dosa. Sedar dari serangan itu, saya tekad. saya akan terus berdiri sebagai pengibar panji La Ila Ha Ila Allah.
Saya tidak seperti nurul yang mempunyai idea yang banyak walaupun Allah secara azaliNya telah menetapkan tahap fikiran lelaki 9 kali lebih dari perempuan. saya sekadar berfikir setakat apa yang Allah beri pada saya. Fikiran saya terbatas,kerana saya manusia. lainlah kalau dia rasul pilihan,maka saya akan akur dgnnya. Dari situ saya harap nurul faham,bahawa setiap pandangan manusia tidak semuanya tepat walaupun dia seorang ulama' terkecuali dia berkata-kata dari apa yang di turunkan Allah serta rasul.
soal perkahwinan,tak salah mendambakan yang baik. Memang itu suruhan rasul. Ingat Kata nabi?..pilihlah 4 perkara ini..Agamanya,keturunannya,kecantikkan serta tarafnya(kufu)..Nurul saya amati amat perfect dalam hal ini,iaitu memilih agama yang paling penting. tapi itu masih tidak menjamin nafsu itu buta dalam memilih cantiknya seseorang untuk di jadikan teman hidup. Alhamulillah..saya (bukan angkat diri) bukan dari golongan yang bertaraf brad pitt atau mel gibson,tapi kurnia Allah pada saya seorang yang saya nikahi secara halal amat cantik peribadinya. saya masih teringat permintaannya. "abg,nur ini bukan yang terbaik di antara yang baik,bimbinglah nur semampu abg.." menitis air mata saya mengenangkan kisah lalu. Alhamdulillah,berkat kesabaran saya,saya bangga. Dengan rezeki dari titik peluh saya sendiri bekerja siang malam, saya berjaya membeli 15 meter kain lerang 60 inci sebagai permulaan kasihnya saya pada dia. dari tudung 3 segi yang menampakkan sifat wanitanya,saya ubah tudungnya melepasi perut serta melepasi bahagian belakangnya. Itu rezeki pertama saya dan Allah mengabulkan doa saya " ya allah,berikanlah aku rezeki untuk aku membeli sehelai kain menutup aurat isteriku selaras dgn syariatMu serta anjuran RasulMu"..
Sehinggalah ke hari ini,dia berikrar akan mati dalam berpakaian begitu. tapi saya amat berasa sedih di mana manusia sekarang terlampau suka bersikap membeza-beza. Antara Halal serta haramnya memakai tudung di bezakan dengan sifat manusia yang sentiasa lemah sebagai hamba. Tidak payah saya beri contoh lagi kerana saya sudah selesai memberitahu tentang risalah ini.
saya sebenarnya amat hairan dan takjub dengan kekuasaan Allah yang mengaturkan hidup saya. saya dari kecil tidak di dodoikan oleh kalimah tauhid,cuma sekadar diri ini di berzanjikan. tapi saya tidak menyalahkan ummi saya kerana itu bukanlah satu kesalahan tapi kerana kejahilan. alhamdulillah..semuanya itu sudah berjalan lancar sekarang,berkat mengenal Allah. Mak..saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana tanpa mak dan ayah,saya takkan lahir di dunia ini. saya bersyukur atas hidayah Allah,kita sekeluarga sudah menjadi satu generasi yang amat pentingkan islam dan iman sebagai paltform. Mak,ayah..anakmu ini bukan di minta dibelai..tapi memohon jika anak lelaki mu ini mati suatu hari nanti,harap di halalkan setiap titik susu dan setiap rezeki yang kau suapkan dalam mulut ini. Juga ayah..terima kasih menyekolahkan aku sehingga tahap yang termampu olehmu...

Anonymous said...

inilah risalah saya yang terakhir buat nurul. tak pernah lagi seumur hidup saya dalam dunia internet ini menulis sebegini panjang walaupun orang lain mampu buat. Ketahuilah..jiwa saya tidak kacau,saya boleh menahan diri walaupun isteri dan anak2 tiada di sisi. Allah memberi dugaan pada saya dalam "mimpi-mimpi ngeri" yang di takwilkan melalui tajul muluk,susah hendak di gambarkan..malah mengaibkan. tapi alhamdulillah..saya sudah faham maksud dan hikmah tersirat sepertimana mimpi nabi Yusuf alaihisalam...

~* Raudhotuz Zahra *~ said...

waalaikumussalam...

berhati-hati dengan kitab tajul muluk ni